Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

REMAJA berusia 17 tahun maut selepas dihempap tembok batu setinggi 1.5 meter yang roboh berdekatan rumahnya di Jalan Melor 2, Taman Guru, Kota Tinggi, malam tadi.

 

 

Remaja 17 tahun cuba panjat tembok batu setinggi 1.5 meter kerana tiada kunci rumah maut dihempap

Remaja 17 tahun cuba panjat tembok batu setinggi 1.5 meter kerana tiada kunci rumah maut dihempap

 

Allahyarham Haikal Hanafi Ayob ditemui kira-kira 11 malam oleh keluarganya sebelum kematian disahkan anggota perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Difahamkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar itu cuba memanjat tembok pemisah kediaman jirannya itu selepas tiada kunci untuk masuk ke rumah.

Mangsa memanjat tembok itu selepas mendapati keluarganya tiada di rumah ketika pulang dari kelas tambahan kira-kira 10 pagi semalam.

 

Bapa mangsa, Ayob Ab Karim, 55, berkata, kejadian disedari selepas usaha mencari anak bongsu daripada enam beradik yang tidak pulang ke rumah hingga lewat malam gagal.

“Selepas ikhtiar termasuk menghubungi rakannya menemui jalan buntu, saya tergerak mencarinya di luar rumah.

“Ketika itu saya terpandang tembok berdekatan rumah ‘hilang’ dan cuba menghampirinya.

“Dalam keadaan gelap, saya mengalihkan batu bata sebelum menjumpai mangsa dibawa runtuhan tembok itu dengan keadaan sudah tidak bernyawa,” katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam kira-kira 10.30 pagi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Metro



Sumber Remaja 17 tahun cuba panjat tembok batu setinggi 1.5 meter kerana tiada kunci rumah maut dihempap Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top