Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Mengimbau perbualan telefon terakhir bersama Puteri Diana menyebabkan dua putera kesayangannya begitu hiba kerana ia sering menghantui mereka.

 

Perbualan terakhir bersama Puteri Diana menghantui William dan Harry

Perbualan terakhir bersama Puteri Diana menghantui William dan Harry

 

 

“Kalaulah kami tahu ia adalah perbualan terakhir dengannya.

“Tetapi ketika itu, saya dan Harry terburu-buru mengucapkan selamat tinggal.

“Namun panggilan itu kekal dalam ingatan sehingga kini,” kata putera sulung, William.

 

Sempena ulang tahun ke-20 pemergian Puteri Diana, pewaris takhta Britain, Putera William dan adiknya, Putera Harry mendedahkan mengenai perbualan dengan ibu mereka, pada hari Puteri Diana maut dalam kemalangan.

Ketika itu, William baru berusia 15 tahun dan Harry, 12, tahun.

Ibu mereka dan teman lelakinya, Dodi Al-Fayed, terbunuh pada Ogos 1997 selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dalam terowong di Paris ketika ia dikejar jurugambar.

Pemandu mereka yang berketurunan Perancis, Henri Paul, yang kemudian didapati darahnya mengandungi alkohol  juga maut dalam tragedi itu.

Kedua-dua putera itu berada di Balmoral, kediaman Ratu England di Scottish Highlands, dan William sebelum itu memberitahu Diana bahawa mereka begitu gembira di istana itu.

“Ibu bercakap dari Paris, saya tidak ingat apa yang saya katakan, tetapi apa yang saya ingat penyesalan seumur hidup kerana betapa singkatnya perbualan itu, ” kata Harry kepada saluran televisyen ITV bagi dokumentari mengingati mendiang puteri itu.

Awal tahun ini, kedua-dua putera itu mengumumkan penubuhan  jawatankuasa mengumpul dana bagi membiayai pembinaan tugu Diana, dikenali sebagai Puteri Wales di taman awam Istana Kensington di London, tempat tinggal Diana.- AFP

Sumber: Mstar



Sumber Perbualan terakhir bersama Puteri Diana menghantui William dan Harry Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top