Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Ia menunjukkan sikap kasar pihak berkuasa Singapura melayan seorang banduan, kata peguam yang mewakili S Prabagaran.

 
Peguam anggap tidak berperikemanusiaan, kecam tindakan Singapura siar foto hari-hari terakhir rakyat Malaysia digantung

Peguam anggap tidak berperikemanusiaan, kecam tindakan Singapura siar foto hari-hari terakhir rakyat Malaysia digantung

PETALING JAYA: N Surendran mengecam amalan pihak penjara Singapura yang mengedarkan foto banduan, seorang rakyat Malaysia, yang diambil dalam “1 atau 2 hari” sebelum dia digantung kerana ia menunjukkan tindakan “tidak berperikemanusiaan”.

 

Beliau yang mewakili keluarga S Prabagaran, rakyat Malaysia yang digantung di Singapura kerana pengedaran dadah berkata, perbuatan seumpama itu tidak beretika.

“Ia menunjukkan sikap kasar pihak berkuasa Singapura melayan seseorang seperti itu. Mereka (banduan yang akan digantung) bukan anak patung,” kata peguam itu kepada FMT.

Beliau diminta memberi komen mengenai tweet seorang wartawan Singapura, Kirsten Han yang memuatkan gambar Prabagaran dalam keadaan senyum.

“Ini diambil minggu ini sebagai sebahagian amalan sebelum digantung. Foto-foto itu akan diberikan kepada keluarga merek kemudian,” tulis wartawan itu.

Dalam tweet seterusnya, Han berkata, walaupun amalan itu kelihatan mengerikan, dia pernah mendengar yang sesetengah saudara-mara merasa senang untuk mempunyai foto orang tersayang “keluar dari pakaian penjara”.

Dalam pada itu, aktivis hak asasi manusia, Michelle Yesudas berkata, walaupun foto senyum mungkin memberi keselesaan kepada keluarga yang sedih, sesi foto prapelaksanaan hukuman adalah tidak sensitif dan kesedihan yang harus ditanggung ketika berada di barisan kematian.

“Hukuman mati dan sesi seperti ini adalah amalan kuno, morbid dan tidak berperikemanusiaan yang tidak mempunyai tempat di dunia moden (pada hari ini),” kata beliau.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, amalan seperti itu sesuatu yang luar biasa dan “pelik”.

“Ia agak luar biasa bagi saya, tetapi setiap negara mempunyai bidang kuasa sendiri,” kata Paulsen.

Channel NewsAsia melaporkan Prabagaran digantung di Penjara Changi awal lagi semalam berkaitan sabitan kesalahan memiliki 22.24 gram diamorphine.

Pihak berkuasa menemui dadah dalam keretanya di pusat pemeriksaan imigresen Singapura ketika beliau cuba memasuki negara itu.

Prabagaran berkata, beliau tidak bersalah dengan mendakwa tidak memiliki kereta itu dan tidak mengetahui dadah yang ada di dalamnya.

Awal tahun ini, beliau telah meminta mahkamah Malaysia untuk memaksa kerajaan memulakan prosiding undang-undang terhadap Singapura di tribunal antarabangsa kerana menafikannya perbicaraan yang adil.

Pada 24 Mac lalu, Prabagaran gagal mendapatkan kebenaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memaksa kerajaan Malaysia memulakan prosiding terhadap Singapura.

Surendran berkata, mahkamah rayuan Singapura telah menolak permohonan Prabagaran untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu permohonan di mahkamah Malaysia.

Beliau memberitahu FMT mahkamah rayuan memutuskan Singapura adalah negara berdaulat dan ia tidak akan menunggu keputusan prosiding di Malaysia.

Sumber: FMT

 



Sumber Peguam anggap tidak berperikemanusiaan, kecam tindakan Singapura siar foto hari-hari terakhir rakyat Malaysia digantung Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top