Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

ORANG ramai beratur sepanjang lebih 20 meter di tepi jalan dekat Kebun Sultan, Kota Bharu, sejak petang bagi mendapatkan nasi kukus percuma, hari ini.

Orang ramai beratur panjang untuk nasi kukus berlauk ayam percuma siap dengan ABC

Orang ramai beratur panjang untuk nasi kukus berlauk ayam percuma siap dengan ABC

Ada yang sudah beratur sejak 4 petang walaupun hidang percuma itu hanya diagihkan mulai 8.30 malam, berikutan jumlah nasi berlauk ayam goreng itu terhad kepada 1,000 bungkus.

Turut disediakan percuma ialah adalah air batu campur (ABC), sirap selasih dan air sarsi.

Pengusaha kedai makan Warisan Nasi Kukus, Mohd Kamal Ahmad Zukhi, 40, berkata dia sudah lama berhajat menyedekahkan nasi kukus kepada orang ramai.

 

“Hari ini, sempena Aidilfitri yang masih belum berakhir, saya buat ‘kedai terbuka’ dengan agihkan nasi kukus percuma kepada orang ramai.

“Saya mahu berkongsi rezeki namun, seorang terhad dua bungkus sahaja.

“Sebanyak 150 ayam dan hampir 100 kilogram beras digunakan untuk hari istimewa ini,” katanya yang berniaga sejak 15 tahun lalu, dan ini kali pertama berbuat demikian.

Sumber: Metro



Sumber Orang ramai beratur panjang untuk nasi kukus berlauk ayam percuma siap dengan ABC Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top