Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya berhenti memperlakukan wanita sebagai objek, sebaliknya menjadi lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat.

Perdana Menteri berkata beliau kesal dengan peristiwa membabitkan poster gadis iklan sebuah syarikat minyak yang tular baru-baru ini, walaupun ada yang berniat untuk sekadar berjenaka.

“Tindakan mereka yang terlibat membuat aksi-aksi yang tidak senonoh walaupun terhadap poster, sangat mengecewakan, memalukan dan bertentangan dengan budaya serta peradaban kita,” kata Najib menerusi catatan dalam laman rasmi blog beliau, www.najibrazak.com, malam ini.

Perdana Menteri berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan satu penghinaan dan kurangnya rasa hormat segelintir pihak terhadap kaum wanita.

“Berhentilah memperlakukan wanita sebagai objek. Kita bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk kaum wanita yang juga merupakan ibu, isteri, anak atau adik beradik kita.

“Walaupun ada yang berniat untuk sekadar berjenaka, saya mahu kita semua lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat.

“Bayangkan jika perlakuan serupa dilakukan terhadap ahli keluarga kita sendiri sama ada anak, ibu, kakak atau pun adik?” kata Najib.

Sehubungan itu, perdana menteri berharap masyarakat kembali berpegang kepada prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Menurutnya budaya hormat-menghormati merupakan elemen penting untuk setiap manusia terus hidup bersama secara aman dan damai.

“Islam juga mengajar kita untuk menghormati wanita, malah turut meletakkan mereka di kedudukan yang tinggi sebagaimana perkongsian saya yang lepas di http://ift.tt/2uWHbSm,” kata Najib.

 

Sumber: MK



Sumber Najib kecewa dan malu dengan tindakan tak senonoh lelaki cabul poster gadis shell Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top