Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Pengarah Michael Ang tidak risau jika drama adaptasi Coffee Prince arahannya kelak akan dibandingkan dengan drama asal.

Related image

Jelas Michael, memang akan ada perbandingan antara drama arahannya yang bakal dijayakan oleh Fattah Amin dan Janna Nick dengan drama asal lakonan Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an.

“Saya tidak risau kalau orang bandingkan drama arahan saya dengan drama asal kerana saya bukannya tiru bulat-bulat drama itu. Sebaliknya, saya hanya mengadaptasi sahaja dan apa yang akan ditonjolkan kelak perlu sesuai dengan adat resam orang Malaysia.

“Drama ini belum lagi menjalani penggambaran, orang sudah bandingkan pelakon asal dengan pelakon yang bakal menjayakan drama arahan saya ini. Bagi saya, setiap orang bebas keluarkan pandangan dan setiap orang itu berbeza pendapatnya,” katanya kepada Utusan Online.

Bila ditanya tentang tindakan netizen yang membuat petisyen bantahan Fattah sebagai pelakon utama, Michael selaku pengarah dan penerbit Cube Film Sdn. Bhd., bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Sebaliknya, dia lebih selesa memberitahu selain Coffee Prince, ada lagi beberapa drama bersiri popular Korea yang mahu diadaptasinya.

“Selama ini asyik buat drama yang diadaptasi daripada novel terlaris saja, sekarang saya mahu beralih arah pula supaya orang tak bosan.

“Lagipun saya adalah peminat drama Korea dan belum ada orang lagi yang buat drama adaptasi daripada drama Korea. Sebenarnya ada beberapa tajuk yang saya senaraikan tapi setakat ini saya baru mendapat hak cipta untuk drama ini. Untuk terbitkan mana-mana drama luar kita perlu mendapat hak cipta terlebih dahulu,” jelasnya.

Drama Coffee Prince akan mula menjalani penggambaran pada 2 Ogos ini.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE



Sumber Michael Ang sahkan Fattah Amin hero Coffee Prince, heroin pula Janna Nick Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top