Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

DUA tahun menduda Datuk Eizlan Yusof berkata, dia kini sudah membuka hati untuk mencari calon yang sesuai dijadikan pasangan hidup.

Menurut Eizlan, 46, dia tidak mempunyai masa yang banyak jika mahu membina sebuah keluarga baharu.

“Sekarang saya sudah mula keluar bersosial untuk berjumpa orang baharu. Insya-Allah kalaulah ada jodoh saya mahu kahwin dalam masa setahun dua ini.

“Masa saya sudah singkat jika ingin memulakan keluarga baru, ia mestilah dalam tempoh dua tahun ini sahaja. Jika tidak ada dalam tempoh dua tahun ini terpaksa lupakan sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Eizlan ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri 100 episod berjudul Dendam Aurora yang akan diadakan di ibu negara.

 

Bagaimanapun, dalam pada itu, pelakon Lara Aishah ini berkata, dia juga terbuka untuk menerima wanita berstatus ibu tunggal.

“Bagi saya perkahwinan ada dua jenis iaitu dengan wanita muda yang mahukan keluarga baru atau berstatus ibu tunggal.

“Jika ibu tunggal tidak perlu tergesa-gesa kerana perkahwinan itu adalah atas dasar saling melengkapi antara satu sama lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, menyentuh tentang wanita idamannya, Eizlan berkata, dia lebih memilih dan berhati-hati.

Katanya, banyak yang perlu diambil kira sebelum menerima kehadiran orang baharu.

“Sebenarnya saya masih trauma dengan kegagalan rumah tangga lalu tapi saya pujuk hati untuk menerima orang baru.

“Sebab itu pemilihan kali ini lebih berhati-hati dan dalam masa yang sama saya belajar menerima kelemahan seseorang,” ujarnya.

Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Santie Harun, 31, pada 7 Julai 2007 dan bercerai pada Februari 2015.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Mstar



Sumber Masa semakin suntuk nak kahwin, Eizlan Yusof sedia terima ibu tunggal Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top