Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Malaysia mengutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah dan berharap pelakunya dibawa ke muka pengadilan.

 

Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah

Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah

 

 

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan perbuatan keji yang dilancarkan oleh puak Houthi Yaman itu boleh mengancam keselamatan jemaah haji.

 “Malaysia juga berdiri teguh dalam ikatan perpaduan dengan Arab Saudi dalam memelihara keselamatan dan kesucian kedua-dua kota suci, Makkah dan Madinah,” kata kenyataan itu.

Pasukan Keselamatan Saudi pada Khamis (27 Julai) memintas sebuah peluru berpandu balistik, dikenali sebagai ‘Burkan-1’,  yang disasarkan 69 kilometer dari Makkah di kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif.

 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan tersebut.

Wisma Putra berkata, Malaysia berharap konflik yang berterusan di Yaman dapat diselesaikan secara aman.

Menurut laporan media antarabangsa, puak Houthi pada Jumaat mengesahkan melancarkan peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi tetapi berkata serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang paling sibuk di negara itu. – Bernama

Sumber: Sinar



Sumber Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top