Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Assalamualaikum.

Pertama sekali, sy nak ucapkan jutaan terima kasih krn Admin sudi baca dan menyiarkan kisah sy ni. Dan mohon pihak Admin hidekan profile sy ni.

 

Luahan wanita dilamar jadi isteri kedua oleh si isteri yang sudah tiada rahim, tapi keputusannya buat kami respect!

Luahan wanita dilamar jadi isteri kedua oleh si isteri yang sudah tiada rahim, tapi keputusannya buat kami respect!

 

 

Akhir² ni selalu sgt sy baca kisah berkenaan dgn isteri kedua yg dikatakan sbg PERAMPAS kat page KRT ni. Jd, di sini sy ingin berkongsi sedikit pengalaman sy di mana sy pnh dilamar utk menjadi isteri kedua oleh isteri pertama.

Utk pengetahuan warga KRT, sy merupakan seorang balu yg telah kematian suami hampir 4 tahun lalu dan mempunyai seorg anak lelaki berusia 7tahun. Biasalah, klu dah namanya balu/ibu tunggal, mcm² fitnah yg kita kena hadap. X termasuk cacian, makian, hinaan dan kehilangan rakan² baik dek akibat anggapan mereka, spesis kami ni bakal mengganggu-gugat hubungan rumahtangga mereka.

Ditakdirkan sy ni ramai yg inbox di fb, berhajat utk rekemenkan sy dgn saudara/abg/pakcik/suami mereka. Sy ni biasa lah, x kenal… xkan la nk setuju. Mestilah sy menolak. Bkn menolak utk berkawan. Tp, menolak sbb nak rekemenkan sy dgn ahli keluarga mrk yg bujang/duda tu.

Tp, 1 hr tu ada sorg perempuan add sy di fb. Bila sy terima, terus dia inbox sy dan bermula la sesi suaikenal antara kami. Sy ni x suka nk bersangka buruk. So, sy layan mcm biasa. Keesokan hrnya, dia berterus terang dgn sy, ingin menjodohkan sy dgn suaminya. Sy ingatkan, mrk tidak dikurniakan anak. Rupanya, anak dh besar². Bila sy tanya atas alasan apa, si isteri jwb, sbb rahimnya tlh dibuang!

Allah, mengucap pnjg sy dgr alasannya. Sy katakan pd akak tu, ketiadaan rahim bukan bermakna dia kena cari isteri br utk sang suami. Tiada rahim pun masih boleh bahagia. Tp, kakak tu tetap jugak nk sy jd madu dia.

Disebabkan prinsip hidup sy, sy tak mahu bernikah dgn suami org, maka sy menolak dgn baik. Akak tu terus memujuk sy. Dia tanya ttg pendidikan agama sy, pandai mengaji x, dh brp kali khatam Quran…. Sbb katanya, dia boleh rskan keseronokan jika dia dan sy bersama² mengaji di rumah. (Alahaiii, belum apa² dia dh pk mcm tu). Lg pula, dia kata…dia berasa tenang Bila berhubung dgn sy. X spt bila dia berhubung dgn perempuan² sblm sy.

Sy pelik, knp dia beriya² nak carikan madu utk diri sendiri, sdgkan suaminya x kisah pun. (Maksud sy, suaminya bkn lah beriya ingin tambah isteri. Cuma isterinya yg terlalu ingin bahagiakan si suami).

Bila sy menolak, kakak tu usaha cara lain plak. Dia bg no hp suaminya dan minta sy yg berhubung dgn suaminya tu. Alasannya, suami dia xkan mulakan perbualan dgn calon isteri kedua. Sy??? Mntk maaf lah, sy xkan mulakan dl. Sbb sy katakan pd akak tu, sy ni balu. Takkan la sy nk mulakan dl berhubung dgn suaminya. Nnt suaminya kata, sy ni janda tak tau malu pulak… (Sy berkias sbb mmg sy xnak ada hubungan dgn suami org…)

Akak tu akur dgn keputusan sy dan akhirnya si suami mula whatsapp sy. Xde cara lg, sy berterus terang, sy tak mahu ada hubungan dgn suami org, biar apapun alasannya. (Selagi sy mampu utk mengelak, sy akan mengelak utk ada sekarang hubungan dgn suami org).

Oleh kerana sy sering diganggu dgn whatsapp dr akak tu, sy ambil keputusan nekad. Sy tukar no hp. Biarpun akak tu masih boleh berhubung dgn sy di fb, tp… dia xboleh berhubung dgn sy di whatsapp/hp. Dan skrg, alhamdulillah. Sy tidak lg didesak oleh mana² pihak yg berkenan dgn sy utk dijadikan isteri kedua.

Pesan sy pd wanita² diluar sana, takkan jatuh maruah kita sbg balu/ibu tunggal jika kita menolak utk menjadi isteri kedua pd seorg lelaki. Berbahagialah dgn takdir yg Allah dah aturkan utk kita. Redha dgn perjalanan kehidupan. Yg penting, pandai²lah bawak diri dan jaga kelakuan, jaga iman dan jaga akhlak.

Sekadar bercerita pengalaman sendiri. Moga bermanfaat… 

Via: SK



Sumber Luahan wanita dilamar jadi isteri kedua oleh si isteri yang sudah tiada rahim, tapi keputusannya buat kami respect! Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top