Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

SEORANG lelaki Kristian di Israel, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh anak perempuannya berusia 17 tahun dengan menikam leher mangsa bertubi-tubi kerana remaja itu mencintai lelaki Islam, lapor The Jeruselum Post hari ini.

 

Lelaki Israel tikam leher anak perempuan bertubi-tubi sampai mati kerana bercinta dengan lelaki Islam yang dipenjarakan

Lelaki Israel tikam leher anak perempuan bertubi-tubi sampai mati kerana bercinta dengan lelaki Islam yang dipenjarakan

 

Henriette Karra, 17, ditemui mati di rumah keluarganya di Ramle, Israel, dengan beberapa kesan tikaman di lehernya pada 13 Jun lalu.

Menurut laporan itu yang dipetik Daily Mail, bapa mangsa, Sami, 58, ibunya Aliham dan bapa saudaranya ditahan polis kerana merancang pembunuhan itu, seminggu selepas pertelingkahan mengenai hubungan terlarang itu bermula.

Remaja perempuan itu menjalin hubungan dengan lelaki Islam yang dipenjarakan dan merancang memeluk Islam apabila teman lelakinya itu dibebaskan nanti.

Beberapa minggu sebelum kematiannya, dia melarikan diri dari rumah kerana bimbang selepas diancam serta dipukul bapanya.

 

Dalam pesanan teks kepada rakan-rakannya, Henriette memberitahu mereka keluarganya mahu membunuhnya, antaranya: “Kamu tak akan percaya apa mereka buat kepada saya.. Mereka hantar orang untuk bunuh saya.”

Terdesak, remaja itu tinggal di rumah ibu teman lelakinya namun diketahui keluarganya yang kemudian memaksanya pulang sebelum dia ditemui mati.

Keluarga remaja itu dalam pemerhatian polis kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah.

Lelaki berkenaan mengaku tidak bersalah membunuh anaknya dan memohon dibicarakan.

Sumber: Metro



Sumber Lelaki Israel tikam leher anak perempuan bertubi-tubi sampai mati kerana bercinta dengan lelaki Islam yang dipenjarakan Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top