Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

LELAKI berusia 25 tahun ditahan selepas dipercayai memuat naik kenyataan jelik menerusi Instagram terhadap Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan Institusi Diraja Johor.

Lelaki hina Puteri Johor, Tunku Tun Aminah ditahan polis

Lelaki hina Puteri Johor, Tunku Tun Aminah ditahan polis

 

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berkenaan ditahan polis Negeri Sembilan di Ampangan Negeri Sembilan, hari ini.

“Pada lebih kurang 6 petang, Polis Kontinjen Johor menerima satu laporan mengenai kenyataan jelik yang di muat naik melalui Instagram terhadap Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah dan Institusi Diraja Johor.

“Sehubungan itu kertas siasatan dibuka untuk siasatan lanjut serta mengesan individu yang dipercayai memuat naik kenyataan jelik itu,” katanya dalam kenyataan di Johor Bahru, malam tadi.

 

Wan Ahmad Najmuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

“Pengguna media sosial perlu lebih berhemah ketika menggunakan kemudahan media sosial.

“Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap sesiapa yang didapati menyalahgunakan media sosial,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber Lelaki hina Puteri Johor, Tunku Tun Aminah ditahan polis Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top