Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Lantang kritik mutu pengadilan, Dollah Salleh digantung FAM selama 18 bulan dan denda RM30,000

Lantang kritik mutu pengadilan, Dollah Salleh digantung FAM selama 18 bulan dan denda RM30,000

Kerana kelantangan yang mengkritik mutu pengadilan, pengendali Pahang, Dollah Salleh, telah digantung 18 bulan dan didenda RM30,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), lapor Berita Harian.

Hukuman berkenaan berkuatkuasa semalam selepas keputusan berkenaan telah diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM menerusi mesyuarat kelmarin dan diumumkan menerusi kenyataan media di laman rasmi badan induk itu, sebentar tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, Dollah telah disabitkan melakukan kesalahan selepas didapati melanggar Artikel 61 Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 Statut FAM.

“Tindakan Dollah membuat kenyataan di ruangan media berhubung isu membabitkan FAM tanpa kebenaran FAM secara terus boleh memberi impak negatif ke atas nama baik serta reputasi FAM sendiri,” jelasnya.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu turut dihukum kerana mengecam urusan pentadbiran hal-ehwal FAM membabitkan pengadilan Liga Malaysia (Liga M) selepas perlawanan Pahang bertemu FELDA United, pada 1 Julai lalu di mana menyaksikan Pahang tewas 1-2.

“Jawatankuasa memutuskan untuk menggunapakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM yang mana defendan dikenakan penggantungan sembilan bulan pertama (dari 21 Julai 2017 hingga 20 April 2018) manakala baki sembilan kedua (21 April 2018 hingga 20 Januari 2019) ditangguh.

“Ia tertakluk kepada kepada kelakuan baik defendan dan jika kesalahan sama berulang dalam tempoh 12 bulan selepas penggantungan pertama, hukuman penggantungan sembilan bulan kedua akan dikuatkuasakan serta-merta tetapi Dollah boleh mengemukakan rayuan” katanya.

Sumber: SK

 



Sumber Lantang kritik mutu pengadilan, Dollah Salleh digantung FAM selama 18 bulan dan denda RM30,000 Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top