Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

PELAWAK Jiggy daripada kumpulan Masin Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) berdepan detik cemas nyaris disamun di kawasan rehat dan rawat (R&R) Awan Besar, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Jumaat lalu.

Jiggy atau Mohammad Aizat Ahmad Nazri, 28, berkata ketika kejadian dia dihampiri dua remaja lelaki menunggang motosikal bertanyakan arah jalan sebelum mengeluarkan parang.

“Saya baru pulang mesyuarat ketika itu. Dalam perjalanan, saya singgah berehat di hentian itu dengan berdiri di luar kereta. Tiba-tiba saya dihampiri sebuah motosikal yang penunggangnya bertanya arah jalan.

“Ketika memberi penerangan, penunggang motosikal mengeluarkan parang daripada raga. Dengan pantas saya memegang tangan pemuda terbabit. Dia cuba melawan namun senjata itu terkena sedikit tangannya sebelum melarikan diri.

“Pembonceng pula pada sama cuba mengeluarkan sepucuk pistol menyebabkan saya panik dan takut. Namun saya nekad untuk mempertahankan diri. Ketika bergelut saya sempat menendang pistol itu masuk ke bawah kereta,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Jiggy, kehadiran polis peronda yang kebetulan lalu di kawasan itu menyelamatkan dirinya daripada sebarang kejadian buruk.

Jiggy kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Way pada keesokan harinya.

“Polis mengesahkan ia pistol mainan dan diletakkan bahan logam sebagai pemberat. Penunggang melarikan diri berjaya ditangkap ketika bersembunyi di tandas.

“Saya beruntung kerana ada saksi melihat kejadian itu. Jadi ia menguatkan lagi dakwaan saya. Bimbang juga andai ada yang menganggap saya sengaja mereka cerita,€ katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Jiggy Masin hampir disamun di R&R Awan Besar, tapi sempat pegang tangan penyamun sedang pegang parang dan tendang pistol ke bawah kereta Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top