Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan fitnah yang mendakwa beliau membunuh anaknya berusia tiga tahun di sebuah kondominium di Jalan Putra, Kuala Lumpur, 16 tahun yang lalu.

Shahidan berkata, kenyataan yang dimuat naik oleh individu bernama Jeffry Teoh di ruangan komen Facebook artikel bertajuk ‘Walau hubungan baik, Shahidan tetap lawan Dr M’ yang disiarkan sebuah portal berita adalah berniat jahat dan cuba menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin.

“Saya tidak kisah jika individu atau musuh politik mahu menyerang saya, ..tetapi jangan babitkan ahli keluarga saya terutama sekali yang sudah meninggal dunia.

“Tergamakkah saya mahu membunuh anak saya sendiri? Jika benar sudah lama saya ditangkap polis, ..semua orang tahu ketika kejadian iaitu Disember 2001, saya berada di Perlis sedang menghadiri mesyuarat Majlis Penerangan Kebangsaan,” katanya yang ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Kangar, di sini.

Kenyataan yang dibuat individu bernama Jeffry Teoh itu menyebut: ‘Beliau terpaksa kena sokong! Kalau tidak kes hempas anak dari apartmen tinggi mati tu di korek, boleh dihukum mati ohhh,” dimuat naik pada jam 7.03 petang, semalam.

Ketika ditanya sama ada mengenali Jeffry Teoh, Shahidan berkata, beliau tidak mengenali lelaki terbabit dan tidak mengetahui punca lelaki itu membuat tuduhan berkenaan.

“Saya tidak pasti siapa individu ini dan siapa disebaliknya, …saya percaya mana-mana parti politik termasuk pembangkang tidak akan bersetuju dengan kenyataan melampau seperti ini,” katanya yang membuat laporan polis itu pada jam 5.30 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew, ketika ditemui mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan siasatan sedang dijalankan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Polis menerima 22 laporan berhubung kes ini di mana, 20 laporan dibuat di Perlis pada hari ini, manakala dua lagi dibuat di semalam di Damansara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya yang turut mengesahkan kenyataan yang dibuat itu juga sudah dipadam.

 

Sumber: BH Online



Sumber Difitnah bunuh anak sendiri, Shahidan Kassim buat laporan polis Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top