Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

SELAIN bergelar pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor turut mengusahakan sebuah ladang ternakan dan tanaman yang beroperasi di Lanchang, Pahang.

Datuk Rosyam Nor bakal buka pasaraya borong, ST Rosyam Mart

Datuk Rosyam Nor bakal buka pasaraya borong, ST Rosyam Mart

Dan selepas ini Rosyam akan terlibat dalam bidang peruncitan pula selepas tertubuhnya ST Rosyam Mart, sebuah pasaraya borong yang akan beroperasi di Setiawangsa.

ST Rosyam Mart merupakan kerjasama Rosyam bersama-sama syarikat Sri Ternak.

“Sebelum ini saya membekalkan nangka dan durian belanda yang diusahakan di Lanchang, Pahang ke pusat borong terbabit. Selepas dua tahun berurusan, baru timbul idea untuk kami menjalin kerjasama dalam perniagaan ini,” katanya memetik laporan sebuah akhbar.

 

Menurut Rosyam lagi, pasaraya tersebut akan menjual lebih daripada 10,000 barangan kering dan basah agar dapat memenuhi permintaan daripada penduduk setempat.

Sebagai seorang selebriti, Rosyam memberitahu beliau akan lebih memberikan tumpuan terhadap hal-hal promosi dan penjenamaan pasaraya berkenaan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Datuk Rosyam Nor bakal buka pasaraya borong, ST Rosyam Mart Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top