Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Penyanyi lagenda Band Linkin Park, Chester Bennington disahkan mati akibat bunuh diri. Mayatnya hanya ditemui pada 9 pagi pada hari khamis, 20 Julai di rumahnya di Los Angeles.

Chester Bennington, Penyanyi Lagenda Linkin Park Disahkan Maut Akibat Bunuh Diri

Selepas sahaja berita kematiannya disebarkan, rakan seperjuangannya yang juga merupakan penyanyi Linkin Park, Mike Shinoda telah mengesahkan berita itu.

Kata Mike di laman akaun Twitter miliknya, "Mengejutkan dan sangat mendukacitakan. Tapi, ia benar berlaku.."

Penyanyi Linkin Park, Chester Bennington Mati Bunuh Diri

Chester dilaporkan menderita dengan ketagihan dadah dan alkohol. Dia meninggalkan 6 orang anak hasil daripada dua perkahwinan.

Chester juga merupakan kawan rapat kepada Chris Cornell, ahli Soundgarden yang juga mati akibat membunuh diri pada bulan May lepas. Malah Chester juga sempat membuat persembahan di majlis kematian sahabat baiknya itu.

Untuk anda yang meminati Band Linkin Park, pasti anda berdukacita dengan berita kematian vokalis kesayangan anda ini.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top