Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

 Timbalan ketua pengarah operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pengarah penguatkuasanya ditukar kerja ke Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA).

 

Cemar nama JPJ, dua pegawai kanan ditukar kerja

Cemar nama JPJ, dua pegawai kanan ditukar kerja

 

 

Memetik sumber, arahan pertukaran Datuk Yusoff Ayob dan Datuk V Valluvan Veloo, pegawai tadbir dan diplomatik, berkuatkuasa kelmarin, lapor Harian Metro.

Kata sumber pertukaran Yusoff kerana beliau didakwa mencemar JPJ menggunakan lorong kecemasan, gagal hadir dan menghantar wakil untuk pertuduhan di mahkamah.

Valluvan pula dipercayai berkaitan pembabitan tiga anggota Pasukan Tindakan Khas (PTK) yang didakwa menceroboh pejabat ketua pengarah JPJ, katanya lagi.

“Dalam surat pertukaran itu, dinyatakan akibat tohmahan ke atas PTK, Valluvan yang bertanggungjawab dengan penubuhan pasukan elit itu selain bertanggungjawab penuh kepada aktiviti mereka ditukarkan ke JPA buat sementara waktu,” kata sumber.

Menurut sumber lagi, pertukaran dua pegawai kanan JPJ tersebut “mengeruhkan lagi kemelut JPJ.”

Dilaporkan tiga anggota PTK itu digantung tugas ekoran dakwaan memecah masuk pejabat Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron pada 13 Julai lalu.

Sementara Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif pula mengarahkan kes Yusoff mengaku bersalah memandu di lorong kecemasan, melalui wakil, telah dikembalikan ke mahkamah.

“Kes itu telah dihantar balik ke mahkamah. Bagaimana anda boleh mengaku bersalah melalui wakil,” katanya.

Sumber: Malay Mail



Sumber Cemar nama JPJ, dua pegawai kanan ditukar kerja Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top