“Aset kecil, suami lari. Sis tak takut ke?” – Peniaga produk kecantikan, tolong berhenti buat Copywriting Sampah macam ni!
Pernah melihat iklan-iklan produk kecantikan yang dipromosikan di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Pada awalnya, mungkin netizen yang tidak kisah. Iyalah, masing-masing mahu mencari pendapatan secara online. Tidak salah berbuat demikian.
Malangnya, ada segelintir peniaga yang tanpa segan silu menggunakan ayat yang tidak bersesuaian atau melampau sehingga menimbulkan rasa kurang selesa netizen.
“Diorang ni nak jual produk ke nak suruh pelanggan jadi gila seks??”
Justeru, Puan Sharifah Zahidah tampil memberi teguran kepada golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab ini. Berubahlah wahai peniaga-peniaga berkenaan, jangan kerana nak cepat kaya, sanggup guna cara atau taktik menakut-nakutkan pengguna yang akhirnya terperangkap dengan mainan kata-kata anda.
UGUTAN bahawa ‘suami cari lain’ bila isteri dah tak cantik, perut tak ramping, alignment lari, body tak lawa – selepas isteri melahirkan anak dan bertambah usianya, adalah ugutan yang paling kejam dan membodohkan kaum wanita itu sendiri.
CONTOH:
“Aset kecil, suami lari. Sis tak takut ke?” atau;
Tanpa ingin mengulas panjang, saya mahu nyatakan bahawa contoh copywriting di atas adalah COPYWRITING SAMPAHyang amat merendah-rendahkan darjat wanita yang tujuan penciptaannya adalah lebih mulia dari sekadar menjadi boneka bernyawa. Belajar buat copywriting yang lebih sesuai dipadankan dengan taraf dan darjat wanita.
Sumber “Aset kecil, suami lari. Sis tak takut ke?” – Peniaga produk kecantikan, tolong berhenti buat Copywriting Sampah macam ni! Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar