Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Sarawak perlu mewujudkan lebih banyak produk pelancongan, di samping menyemarakkan lagi kekayaan seni budaya masyarakat pelbagai etnik serta menonjolkan keindahan alam semula jadinya untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamin Christopher Gira Sambang.

Gira berkata Singapura berjaya menarik banyak pengunjung melalui pembinaan kasino Resort World Sentosa di samping taman tema Universal Studio. — Foto TODAY

Sejajar dengan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan negeri membina sebuah taman tema dan sebuah kasino di Tunoh bagi merancakkan lagi pembangunan industri pelancongan di Sarawak.

“Ini adalah cadangan peribadi saya dan terpulanglah kepada kerajaan untuk meluluskannya,” kata beliau ketika merasmikan pertandingan menyumpit bersempena Festival Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) 2017 di Padang Bandaran Sibu di sini semalam.

Pertandingan itu adalah antara acara yang diadakan bersempena festival berkenaan.

Kerajaan negeri merancang menjadikan Lembangan Sungai Tunoh di daerah Bukit Mabong di Bahagian Kapit sebagai kawasan pengeluaran makanan dan pusat ekopelancongan Sarawak dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Sambil mengambil Singapura sebagai contoh, Gira berkata republik itu berjaya menarik banyak pengunjung melalui pembinaan kasino Resort World Sentosa dan Marina Bay Sands, di samping taman tema Universal Studio.

Mengenai pertandingan tersebut, Gira berkata penganjurnya, Kelab Menyumpit Sibu, boleh bekerjaama dengan Lembaga Pelancongan dan agensi pelancongan untuk menarik penyertaan dari luar negara. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Adun cadang wujudkan kasino dan taman tema majukan pelancongan Sarawak Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top