Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Pewaris takhta Britain, Putera William dan adiknya, Putera Harry mendedahkan ada berbual dengan ibu mereka, pada hari Puteri Diana maut dalam kemalangan.

Perbualan ‘singkat’ itu kini kekal dalam fikiran William dan Harry.

“Ibu bercakap dari Paris, saya tidak ingat apa yang saya katakan, tetapi apa yang saya ingat penyesalan seumur hidup kerana betapa singkatnya perbualan itu, ” kata Harry kepada saluran televisyen ITV bagi dokumentari mengingati mendiang puteri itu.

William baru berusia 15 tahun dan Harry, 12, tahun ketika ibu mereka dan teman lelakinya, Dodi Al-Fayed, terbunuh pada Ogos 1997 selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dalam terowong di Paris ketika ia dikejar jurugambar.

Pemandu mereka yang berketurunan Perancis, Henri Paul, yang kemudian didapati darahnya mengandungi alkohol melebihi had dibenarkan, juga maut dalam tragedi itu.

Kedua-dua putera itu berada di Balmoral, kediaman Ratu England di Scottish Highlands, dan William sebelum itu memberitahu Diana bahawa mereka begitu gembira di istana itu.

“Saya dan Harry terburu-buru mengucapkan selamat tinggal, anda tahu ungkapan ‘jumpa lagi’…jika saya tahu apa akan berlaku, saya tidak akan rasa bosan mengenainya.

“Namun panggilan itu kekal dalam ingatan sehingga kini, ” kata William.

Bagi mengingati ulang tahun ke-20 kematiannya, kedua-dua putera itu mengumumkan awal tahun ini mereka menubuhkan jawatankuasa mendapatkan dana membayar pembinaan tugu Diana, dikenali sebagai Puteri Wales.

Tugu itu akan dibina di taman awam Istana Kensington di London, tempat tinggal Diana.

AFP

 

Sumber: BH Online



Sumber 2 putera Diana kesal seumur hidup Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top