Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Media sosial pada pagi Selasa kecoh dengan kebanyakan pelanggan Celcom berang kerana mengalami masalah gangguan perkhidmatan rangkaian komunikasi mereka.

Pengguna Celcom mengamuk, alami gangguan perkhidmatan sejak pagi

Pengguna Celcom mengamuk, alami gangguan perkhidmatan sejak pagi

Laman sosial syarikat telekomunikasi itu dihujani aduan dan rungutan pelanggan lebih-lebih lagi ia berlaku pada hari pertama bekerja selepas cuti umum dan cuti hujung minggu.

Sebahagian pelanggan Celcom mengadu mereka mengalami gangguan rangkaian sejak awal pagi Selasa.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian Celcom menerusi satu kenyataan di Facebook mengakui terdapat gangguan rangkaian yang berpunca daripada kerja-kerja menaik taraf yang bermasalah.

 

“Kami dukacita ingin memaklumkan terdapat gangguan rangkaian bermula 7 pagi yang menjejaskan perkhidmatan membuat dan menerima panggilan di seluruh negara,” katanya.

Menurut Celcom, pasukan teknikal telah menangani masalah gangguan itu pada pukul 9.30 pagi Selasa dan perkhidmatan di Semenanjung kembali pulih seperti biasa.

“Manakala (perkhidmatan) di Malaysia Timur pula akan pulih secara beransur-ansur dalam tempoh sejam berikutnya.

“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan. Terima kasih,” menurut kenyataan itu.

Penjelasan Celcom bagaimanapun mendapat kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan mengapa kerja-kerja penyelenggaraan tidak dilakukan pada hari cuti dan gangguan rangkaian berlaku pada waktu puncak hari pertama bekerja.

Namun pada masa sama, ramai netizen berterima kasih kepada syarikat telekomunikasi itu yang dapat menangani isu tersebut bagi membolehkan pelanggan menggunakan perkhidmatan seperti biasa.

Sumber: Mstar



Sumber Pengguna Celcom mengamuk, alami gangguan perkhidmatan sejak pagi Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top