Kira-kira 300 penduduk di sepanjang Sungai Golok di Narathiwat, berhimpun secara aman membantah tindakan tentera Thailand menutup enam pengkalan bot yang digunakan untuk berulang-alik ke Malaysia.
Enam pengkalan bot yang ditutup atas alasan keselamatan oleh tentera itu adalah Pengkalan Gaji, Pengkalan Jambu, Pengkalan Bereng, Pengkalan Buluh, Pengkalan Cek Kaseng dan Pengkalan Retak.
“Arahan penutupan oleh pihak berkuasa itu akan memberi impak bukan sahaja kepada kami tetapi juga menjejaskan Sungai Golok secara keseluruhan,” kata penolong ketua komuniti Pengkalan Sungai Golok, Pairat Mamat hari ini.
Tindakan penutupan enam pengkalan itu sejak dua hari lepas, telah menjejaskan 5,200 penduduk daripada 1,300 keluarga yang bergantung hidup kepada pengkalan bot itu, katanya.
Pihak berkuasa hanya membuka Pengkalan Prapa bagi kemudahan penduduk menyeberang Sungai Golok untuk ke Malaysia.
Pairat berkata mereka yang berhimpun akan mengutus surat kepada Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha menerusi Datuk Bandar Sungai Golok, Sudarat Pannara supaya mempertimbangkan semula tindakan menutup enam pengkalan berkenaan.
Surat rayuan itu akan menjelaskan kesan-kesan buruk dihadapi penduduk tempatan termasuk kepada pemandu teksi kereta dan teksi motosikal, pengangkut barang, pemilik bot serta kira-kira 70 kanak-kanak yang menggunakan Sungai Golok untuk ke sekolah di Malaysia, katanya.
Pada perhimpunan bermula 10 pagi waktu tempatan itu, penduduk membawa pelbagai sepanduk antaranya tertulis “PM Kembalikanlah Kebahagiaan Kepada Penduduk Sungai Golok” dan “Penduduk Sungai Golok Dah Hampir Mati”, bagi menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka.
Sumber: Malaysiakini
Sumber Penduduk berhimpun bantah tentera Thailand tutup Sungai Golok Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar