Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Sepasang suami isteri serta empat orang anak yang rentung dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, Negeri Sembilan semalam, pernah merancang mengadakan kenduri arwah di kampung mereka sempena Hari Raya Aidilfitri hujung bulan ini.

Pasangan suami isteri yang rentung bersama 4 anak mereka rancang buat kenduri arwah raya ini

Pasangan suami isteri yang rentung bersama 4 anak mereka rancang buat kenduri arwah raya ini

Abang ipar kepada Allahyarham Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, Azmi Hamzah, 59, berkata keluarga terbabit yang tinggal di Putrajaya bercadang pulang ke kampung di Jelawat di sini, selama seminggu bermula sehari menjelang hari raya.

“Pada majlis kenduri itu, mereka berharap akan dapat beramah mesra dengan sanak saudara yang lama tidak berjumpa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Jelawat hari ini.

Dalam kejadian 2.20 petang itu, lapan maut, dengan enam daripada keluarga berkenaan rentung, manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan sebuah treler di KM25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka yang maut ialah enam sekeluarga itu yang menaiki kenderaan Proton Exora iaitu pemandu kenderaan berkenaan Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51; dan isteri Mas Noraida M Yusoff, 45.

Empat anak mereka iaitu Wan Muhamad Muhaimin, 22; Wan Nor Atirah, 18; Wan Muhamad Amar Haziq, 13; dan Wan Nor Alisha, 7.

Dua mangsa lain yang maut ialah pemandu Perodua Myvi Osman Mohamed Taip, 31 dan isteri Rosniza Othman, manakala anak kepada pasangan itu Muhammad Alifthaqif Osman, 3, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kuala Pilah.

Azmi berkata Wan Mohd Fauzi merupakan seorang kakitangan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, manakala isterinya Mas Noraida bertugas di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Putrajaya.

Katanya, ketika kejadian keluarga terbabit dalam perjalanan untuk menghantar Wan Nor Atirah ke Kolej Vokasional Kuantan, Pahang untuk menyambung pelajaran.

Beliau berkata kesemua enam mayat mangsa yang dijangka tiba dari Hospital Jempol awal pagi esok akan disembahyangkan di Masjid Naim, Jelawat di sini, sebelum disemadikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Jelawat. — Bernama

Sumber: Malay Mail



Sumber Pasangan suami isteri yang rentung bersama 4 anak mereka rancang buat kenduri arwah raya ini Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top