Seorang suri rumah tidak menyangka gabungan nombor dalam mimpinya membawa tuah apabila menang pertaruhan Magnum 4D RM23,105,950.
Nombor 1155 (hadiah kedua) dan 2293 (hadiah ketiga) selalu bermain dalam ingatannya dan terus membeli nombor itu apabila bermimpi mengenainya.
“Saya semak keputusan, malah meminta anak untuk mengesahkannya. Saya tidak dapat menggambarkan keseronokan ini,” katanya.
Tambahnya, dalam tradisi Cina, tarikh 20 Mei memang istimewa kerana nombornya 520 bermaksud “saya cintakan awak” dalam Mandarin.
Sebaik sahaja tertera “Anda Menang” ketika menyemak keputusan Magnum 4D melalui aplikasi di telefon, beliau sangat terkejut dan hampir “sakit jantung”.
Suri rumah itu, yang tidak dinamakan, turut berkongsi kemenangan tersebut dengan ahli keluarganya.
“Suami pasti sangat terkejut kerana saya belum maklumkan kemenangan ini. Sebagai ibu keutamaan saya pastilah keluarga,” katanya.
Sumber: Projek MMO
Sumber Mimpi nombor, Suri rumah menang magnum 4D RM23 juta Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar