Kelibat ‘spiderman’ membayar zakat fitrah yang viral di facebook sejak semalam mencuri tumpuan netizen dengan reaksi memuji tindakan adiwira, Harris Fazri Hashim, 40, yang tidak lupa menunaikan kewajipan sebagai muslim.
Gambar Harris yang mengenakan kostum biru dan merah itu berlegar di media selepas beliau menyertai pertandingan ‘Kostum Hari Raya’ di Pusat Beli Belah Majma’ Sultan Abdul Halim, di sini.
Harris berkata, beliau tidak menyangka tindakannya membayar zakat sambil memakai kostum adiwira popular itu menarik perhatian.
“Saya selalu diingatkan isteri agar tidak lupa membayar zakat fitrah kerana sudah lebih dua minggu berpuasa.
“Sejurus saya mahu meninggalkan pusat beli belah berkenaan, saya ternampak satu kaunter pembayaran zakat fitrah dan mengambil keputusan menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim,” katanya di sini, sebentar tadi.
Walaupun mengganggap diri sudah agak ‘tua’ untuk bergaya dengan kostum adiwira, namun ia menjadi pengalaman manis kerana kali pertama membayar zakat fitrah bersama kostum itu.
“Amil yang berada di kaunter pembayaran berkenaan tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap saya dan tidak pula seorang kekok melihat saya,” katanya sambil tersenyum.
Sumber: BH Online
Sumber Kelibat spiderman bayar zakat fitrah Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.