SHAH ALAM – Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas 60 lagi item makanan akan dibatalkan, berkuat kuasa 1 Julai, 2017.
Kastam batal GST terhadap 60 jenis makanan berkuatkuasa 1 Julai 2017
Perkara itu dimaklumkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan.
Ketua Pengarah Kastam T Subromaniam berkata, pihaknya telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 di batalkan.
“Kita memohon kerjasama semua pihak supaya mengambil maklum tentang perkara ini,” katanya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan lebih 60 makanan tertentu yang berkadar sifar akan dikenakan GST enam peratus bermula 1 Julai tahun ini selepas merujuk kepada Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 yang telah diwartakan pada 6 Jun 2017 melalui P.U. (A) 162 dan akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2017.
Implikasi kepada pewartaan Perintah itu akan menyebabkan lebih daripada 60 item makanan seperti ikan belut, ikan todak, jagung, sayuran sejuk beku, buah-buahan import (avocado, apricot, anggur, ceri, peach, plum) figs, marjerin dan lain-lain akan tertakluk kepada GST enam peratus.
Sumber: Sinar
Sumber Kastam batal GST terhadap 60 jenis makanan berkuatkuasa 1 Julai 2017 Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar