Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

ENTAH apa alasan seorang ibu yang tergamak meninggalkan anaknya yang berusia empat tahun kepada orang yang tidak dikenali di Lapangan Terbang Atlanta, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Ibu sanggup pandu sejauh 1126km dan tinggalkan anak kepada orang tak dikenali di lapangan terbang

Ibu sanggup pandu sejauh 1126km dan tinggalkan anak kepada orang tak dikenali di lapangan terbang

Pihak polis kini sedang mencari wanita itu yang menghilangkan diri selepas meninggalkan anaknya pada Khamis lalu.

Maranda Hakimi Harvey (gambar), 29, pada awalnya meminta  bantuan satu pasangan untuk menemani anaknya sementara kerana ingin membeli sesuatu.

Menurut laporan portal berita Mirror, Maranda tidak kembali untuk mengambil anaknya sebaliknya telah menyewa kereta dan melarikan diri.

 

Terdahulu pada Khamis, Maranda memandu kereta miliknya sejauh 1,126 kilometer dari rumahnya di Odenton, Maryland untuk ke lapangan terbang itu.

Selepas puas menunggu, pasangan tersebut memanggil polis untuk melaporkan mengenai perkara itu.

Sarjan Warren Pickard berkata, Maranda menyewa kereta jenis Nissan Versa putih dengan plat kereta Florida dan meninggalkan bandar Georgia.

Pihak polis tidak dapat mengesan lokasi Maranda dan menyeru orang awam tampil membantu siasatan sekiranya memperoleh maklumat mengenai wanita berkenaan.

“Ia sangat aneh. Siapa sanggup tinggalkan anak dengan orang yang tidak dikenali?

“Walaupun kamu ingin pergi ke kedai, ia bukanlah satu keputusan yang bijak,” kata Warren.

Sumber: Mstar



Sumber Ibu sanggup pandu sejauh 1126km dan tinggalkan anak kepada orang tak dikenali di lapangan terbang Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top