Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Mengambil keberkatan bulan Ramadan, pelakon ternama, Fauziah Ahmad Daud secara berlapang dada memaafkan seorang netizen yang menghamburkan kata-kata kurang manis pada dia secara peribadi dan artis-artis lain secara umumnya dalam ruangan komen laman sosialnya, Instagram kelmarin.

Menurut Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy, sebagai seorang muslim, dia harus memaafkan sesiapa sahaja yang pernah menghina atau mencacinya kerana memberi kemaafan pada orang lain merupakan sebaik-baik perkara yang dituntut dalam agama.

Baca artikel sebelum: “Dia pernah ke nampak saya ‘mengangkang’ muda-muda dulu” – Kak Ogy

Kata Ogy, tindakan netizen yang bersikap melampau dalam memberikan komen itu juga dianggap sebagai ujian Allah kepadanya.

“Saya maafkan dia. Saya wajib memaafkan dia kerana junjungan besar Nabi Muhammad SAW sendiri seorang yang pemaaf. Jadi, kenapa saya tidak boleh berlapang dada memaafkannya?” kata Ogy kepada Utusan Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Kelmarin, seniwati terbilang negara itu memuat naik status dalam laman sosial peribadinya mengenai sikap seorang netizen yang disifatkan beliau sebagai biadap kerana menghina kerjaya anak-anak seni.

Kepada netizen yang menggunakan profil @ezaieyda itu, Ogy menasihatinya agar jangan terlampau mudah menjatuhkan hukuman dan sewenang-wenangnya menghina profesion anak-anak wayang.

Individu berkenaan dikesan cuba menjatuhkan perniagaan ‘Sambal Goreng Saadiah’ yang diusahakan bintang utama filem Azura dan Ali Setan itu.

Ogy bagaimanapun sangat tenang dan menunjukkan reaksi positif serta tidak melenting dengan tuduhan berkenaan.

“Saya terima komen ini hari ini dari hamba Allah ini tentang produk saya. Tentang kerja saya sebagai artis. Saya nak pandangan anda,” tulis Ogy.

Primadona yang juga anak kepada pasangan bintang legenda Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan Allahyarham Datin Saadiah itu turut membuka ruang kepada pengikut-pengikutnya di Instagram untuk memberikan pandangan.

“Siapa kita untuk menentukan dosa pahala seseorang? Saya tidak boleh terima penghinaan sedemikian kerana tuduhannya itu sangat berat. Satu hari nanti anak saya akan membaca dan netizen itu seolah-olah menghukum semua artis dalam komennya itu.

“Kalau sekalipun dia bencikan Fauziah Ahmad Daud, jangan libatkan artis-artis lain secara umumnya. Memadai jika saya seorang sahaja yang menjadi mangsa,” kata Ogy dalam nada sedih.

Apa yang menjadi kekesalan dalam diri Ogy juga ialah, tuduhan dan penghinaan sedemikian dibuat di bulan penuh keberkatan.

“Sebaik membaca komen itu saya sangat tergamam kerana bukankah kita sedang berpuasa? Bukankah di bulan Ramadan kita dituntut untuk berbuat kebaikan? Tetapi kenapa perlu ada komen yang sebegini? Kenapa tidak boleh menghormati Ramadan,” soal Ogy penuh tanda tanya.

Pada masa sama, Ogy merakamkan penghargaan pada golongan artis dan peminat-peminatnya yang turut berkongsi kesedihan dengan apa yang dilaluinya kelmarin.

Bahkan, Ogy berkata, dia sangat terkesan dengan komen-komen positif yang ditinggalkan rakan-rakan artis dan netizen yang lain.

“Saya enggan bermusuh dengan dia yang menulis komen sebegitu dan orang lain. Saya mahu hidup tenang dan bahagia,” jelas Ogy sambil mengharapkan @ezaieyda menyedari kesilapan yang dilakukannya.

Bagaimanapun, sebagai pengajaran kepada semua pihak agar jangan mudah mengambil kesempatan terhadap golongan seni, Ogy telah membuat laporan polis di Balai Polis Damansara.

“Tujuan laporan polis dibuat adalah untuk memberi pengajaran. Saya tak ada maksud lain,” katanya lagi.

Sumber: UTUSAN ONLINE



Sumber Dituduh mengangkang, Ogy buat laporan polis Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top