Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

“HATI saya sudah sejuk, saya sudah padam video itu di akaun Facebook saya, semalam. Saya maafkan dia dan saya juga minta maaf.”

Itu kata Mohd Azrul Hisham Effendi Ismail, 25, lelaki yang memuat naik video di laman sosial Facebook memaparkan seorang wanita sedang memarahinya sambil mengeluarkan kata kesat di sebuah stesen minyak di Bukit Senyum, Johor Bahru, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, seorang wanita dilihat seperti sedang mengamuk dipercayai tidak berpuas hati dengan Mohd Azrul kerana dikatakan menghalangnya untuk keluar di pintu kedai stesen minyak berkenaan.

Mohd Azrul berkata, pertengkaran bermula apabila dia sedang menuju ke pintu keluar dari dalam kedai dengan pergerakan yang perlahan kerana sedang membaca mesej pada telefon bimbit di tangannya.

Menurutnya, secara tiba-tiba seorang wanita datang dari belakang dan memarahinya sambil memaki hamun kerana dianggap menghalang laluannya untuk keluar sedangkan terdapat satu lagi pintu keluar di sebelah.

“Pada mulanya saya mahu minta maaf, tetapi apabila dia membodohkan saya di hadapan orang ramai, saya menjawab dengan mengatakan masih ada satu lagi pintu boleh digunakan.

“Tidak cukup dengan membodohkan saya, dia mengeluarkan kata-kata kesat sambil menjerit-jerit sepanjang dia berjalan ke keretanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, wanita terbabit kemudiannya masih belum berpuas hati kerana bertindak menghalang motosikalnya untuk keluar dari tempat meletak motosikal lalu salah seorang lelaki dari dalam kereta wanita itu bertindak mengambil gambarnya.

“Saya takut gambar saya akan disalah guna atau difitnah, jadi saya bertindak untuk merakam video wanita itu sambil menceritakan apa yang berlaku sebagai bukti jika berlaku apa-apa pada saya.

“Tujuan saya memuat naik video itu di akaun Facebook saya hanya untuk mendapatkan reaksi daripada rakan, tidak sangka ia boleh menjadi tular sebelum saya padam semula video itu semalam,” katanya.

Menurutnya, dia mahu meminta maaf kepada wanita itu namun tiada saluran yang boleh menghubungkannya dengan wanita itu.

Video berdurasi seminit 21 saat dimuat naik pemilik akaun Effendiey Ismail itu mula tular di media sosial sejak kelmarin dan sudah menerima lebih 500,000 tontonan sebelum ia dipadam, semalam.

Sumber: Harian Metro

 



Sumber Dimaki hamun makcik kurang ajar, mangsa sudah maafkan Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top