Atas dasar terlalu percaya, seorang pengarah urusan sebuah syarikat terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM130,000 kerana terpedaya dengan janji manis yang ditawarkan oleh skim pajak hotel yang didalangi oleh individu dikenali sebagai Saripah.
Mangsa, Kasiah Md. Idris, 54, berkata, dia mula menyedari dirinya ditipu apabila tidak mendapat keuntungan yang dijanjikan selepas enam bulan membuat pelaburan.
“Sepatutnya saya akan dapat keuntungan tersebut pada bulan Mac lalu, tapi sekarang sudah masuk bulan Mei.
“Saya cuba menghubungi Saripah, tetapi sehingga kini tiada sebarang maklum balas yang diterima,” katanya pada sidang akhbar berkaitan isu tersebut di sini hari ini.
Kasiah berkata, dia turut dijanjikan peluang untuk menunaikan haji dan umrah pada bila-bila masa serta menetap di hotel lima bintang di Arab Saudi.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima lebih 30 aduan berkaitan isu skim pajak hotel ini sejak 2011 sehingga kini.
Ketua Unit Kawal Selia Umrah PPIM, Abd. Halim B. Ikhsan berkata, jumlah aduan yang diterima tersebut melibatkan kerugian sejumlah RM2 juta.
“Melalui skim tersebut mangsa dijanjikan dengan keuntungan yang tinggi iaitu 70 peratus daripada hasil pajakan hotel namun mereka tidak menerima wang tersebut dan gagal menghubungi Saripah,” katanya.
Jelasnya, individu tersebut dipercayai aktif menjalankan skim tersebut pada tahun 2005 dan membuat penipuan lebih daripada RM15 juta namun tidak kesemua mangsa membuat laporan di PPIM.
“Mangsa telah membuat laporan polis namun sehingga kini Saripah masih belum ditangkap dan tidak dapat dikesan,” ujarnya.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Rugi RM130,000 kerana percayakan Saripah Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.