Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

PENUMPANG, terutama yang menaiki penerbangan jarak jauh sering menikmati tidur yang panjang.

 

Penumpang tanya, bersihkah selimut dan bantal dalam pesawat? Ini jawapan syarikat penerbangan

Penumpang tanya, bersihkah selimut dan bantal dalam pesawat? Ini jawapan syarikat penerbangan

Disebabkan suhu yang agak sejuk dalam pesawat, syarikat-syarikat penerbangan telah menyediakan selimut dan bantal tambahan untuk keselesaan penumpang.

Tetapi, timbul tanda tanya adakah selimut dan bantal itu terjamin kebersihannya? Adakah ia benar-benar dibasuh selepas setiap penerbangan?

“Sudah tentu semua selimut dan bantal yang telah digunakan akan dikutip selepas setiap penerbangan dan ia akan dibersihkan,” kata Sandra Kraft dari syarikat penerbangan Lufthansa.

 

Penumpang diberi jaminan bahawa selimut bersih dan baharu diberikan kepada mereka apabila ia dibungkus dalam beg plastik dan diletakkan di tempat duduk mereka.

Selimut-selimut juga dipungut selepas setiap penerbangan Condor dan dibersihkan di pusat dobi yang besar.

Dan seorang jurucakap syarikat penerbangan berkata, sarung bantal itu adalah pakai buang dan tidak digunakan semula selepas penerbangan.

Dan bilakah selimut dan bantal ini akan dilupuskan?

Di Condor, bantal dalam Kelas Ekonomi diberi sarung yang baharu kira-kira 65 kali sebelum ia kotor atau digunakan.

Syarikat penerbangan itu secara purata menggunakan selimut sebanyak 24 kali. Selepas itu ia akan dikitar semula dan digunakan sebagai bahan penebat. -dpa

Sumber: Mstar



Sumber Penumpang tanya, bersihkah selimut dan bantal dalam pesawat? Ini jawapan syarikat penerbangan Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top