Xiaomi sedia mempunyai beberapa penawaran peranti pada harga sangat kompetitif, dan salah satu peranti utama keluaran mereka adalah dibawah keluarga “Mi”. Terkini, pihak Xiaomi telah berkongsi, memperlihatkan Xiaomi Mi 6 bakal dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan di China, iaitu pada 19 April.
Info penuh mengenai peranti ini masih menjadi tanda tanya. Desas-desus mengatakan ia mungkin hadir dengan cip Snadragon 835, selain hadir dengan memori 4GB RAM – termasuk pilihan Mi 6 Plus dengan memori sehingga 6GB RAM. Mi6 dijangka menggunakan skrin 5.1-inci sementara Mi6 Plus pula dijangka menggunakan skrin 5.7-inci.
Seperti biasa, segalanya akan terjawab secara rasmi pada minggu hadapan melalui pengumuman rasmi Xiaomi kelak.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.