Siri kad grafik terbaru AMD, yang diberikan kod nama Vega dikatakan akan diumumkan di acara Computex di Taiwan nanti, tetapi nampaknya beberapa butiran penting mengenai siri kad grafik ini sudahpun tertiris ke arena web.
Menurut tirisan oleh WCCFTech ini, AMD bakal memperkenalkan empat kad grafik dibawah nama siri baru AMD Rage. Tirisan tersebut juga menunjukkan kelajuan cip pemprosesan grafik, jumlah VRAM dan juga jumlah unit shader yang digunakan.
Kad-kad ini termasuklah AMD Rage, AMD Rage X, AMD Rage X Fury dan AMD Rage X2 Fury.
AMD Rage | AMD Rage X | AMD Rage X Fury | AMD Rage X2 Fury | |
Kelajuan GPU | 1400MHz+ | 1500MHz+ | 1600MHz+ | 1600MHz+ |
RAM (HBM2) | 4GB | 8GB | 8GB | 8GB |
Shader Unit | 3584 | 3584 | 4096 | 4096 |
Dalam pada itu, rekabentuk asas siri kad grafik AMD yang terbaru itu juga ditiris dalam slide PowerPoint, dan nampaknya AMD akan menggunakan tema berwarna putih dan merah untuk kad-kad mereka.
Dengan kehadiran tirisan dokumen-dokumen ini, kami pasti bahawa AMD akan mengumumkan ketibaan kad grafik Vega tidak lama lagi. Bagi mereka yang masih diatas pagar, anda hanya mungkin perlu menunggu sebulan atau dua lagi untuk kad grafik terbaru daripada AMD ini. Diharap ianya boleh dibeli dengan harga mampu-milik, tidak seperti kad-kad grafik seperti GTX 1080 Ti oleh NVIDIA.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar