Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Biarpun tidak dapat menghadirkan diri ke majlis Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang berlangsung kelmarin, nampaknya rezeki berpihak kepada Mira Filzah apabila dinobatkan sebagai Heroin Pilihan. Bagaimanapun disebalik kemenangan yang diraihnya itu, ramai pula yang tidak berpuas hati, sekaligus mempertikaikan keputusan yang diumumkan itu.

BACA: Mira Filzah Tak Terfikir Kahwin Awal

“Sejujurnya saya memang tidak sangka menang. Ini kerana calon lain pun hebat dan berbakat besar. Sebagai contoh Siti Saleha dan Umi Nazeera. Cuma memandangkan DFKL adalah anugerah berdasarkan undian peminat, jadi saya menang disebabkan usaha dan kerja keras peminat”

“Saya berterima kasih kepada mereka. Jadi ini adalah rezeki saya atas usaha peminat. Saya tahu mereka tidak berhenti mengundi saya. Tanpa berkempen untuk meraih undi, dibuat atas inisiatif peminat yang menyayanginya tanpa diminta,” katanya kepada Projek MMO mengenai kemenangannya di Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang dipertikaikan.

Terdahulu, majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah menyaksikan kemenangan besar drama popular 7 Hari Mencintaiku yang memperoleh enam trofi pada malam itu. Drama tersebut turut dibarisi pelakon hebat seperti Shukri Yahaya dan Siti Saleha. (rtky/w)

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top