Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Microsoft baru sahaja melancarkan kemaskini Windows 10 Creators Update, dan dengan kemasan tersebut, terdapat banyak ciri-ciri baru yang menarik dan menyeronokkan untuk dicuba. Bagi pengguna-pengguna PC yang muda, sudah pastinya ciri-ciri baru yang berkaitan dengan permainan komputer yang menarik minat mereka.

Microsoft, melalui Major Nelson baru sahaja mengeluarkan panduan untuk memaksimakan penggunaan ciri-ciri baru untuk permainan video berasaskan sistem operasi Windows.

Di dalam panduan tersebut, Major Nelson menerangkan tentang ciri-ciri seperti Beam, iaitu aplikasi penstriman yang pada mulanya diperkenalkan untuk konsol permainan video Microsoft Xbox. Aplikasi ini boleh diakses dengan menekan butang Win+G, dan di pop-up Game Bar, ikon penstriman akan hadir, dan untuk mula menstrim, pengguna hanya perlu menekan butang tersebut, dan mereka akan mula menstrim dengan serta-merta.

Ciri Game Mode juga diperkenalkan dengan kemaskini Windows Creators Update, dan ciri ini membantu komputer anda menetapkan keutamaan cip pemprosesan komputer anda supaya ia dapat menjalankan permainan komputer anda dengan lebih lancar.

Game Bar juga diberi kemaskini baru yang membolehkan ia menyokong lebih banyak lagi permainan video di dalam mod full screen. Microsoft kini mengeluarkan sokongan untuk 80 peratus permainan video di sistem operasi tersebut, dan pengguna boleh mengaktifkan sokongan Game Bar ini melalui menu tetapan di dalam Windows 10.

Terdapat banyak lagi ciri-ciri baru yang mengetengahkan permainan video dengan kemaskini Creators Update ini, dan jika anda berminat mengetahui tentangnya lebih lanjut, anda boleh membaca tentangnya di laman web Major Nelson.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top