Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Semua insan yang hidup akan merasai mati. Selepas meninggal dunia yang fana ini jasad si mati biasanya akan dikebumikan dan maklumat terhad dicatatkan pada batu nisan. Sekiranya anda di barat, mungkin beberapa baris ayat boleh diukir pada nisan tetapi ini masih belum cukup untuk menceritakan kehidupan si mati. Oleh itu batu nisan interaktif i-ternal dihasilkan oleh syarikat Bioenergija dari Slovenia.

Batu nisan digital ini dilengkapi skrin LCD sebesar 48″. Pelbagai maklumat boleh dipaparkan pada skrin untuk memperingati si mati. Kisah hidup, foto dan muzik kegemaran boleh dilihat oleh pelawat kubur si mati. Skrin akan hidup dengan sendiri apabila mengesan pergerakan di hadapannya. Batu nisan i-ternal boleh dipesan pada harga € 3000 (~RM 14074) sebuah.

Pihak Bioenergija sedang membangunkan aplikasi telefon pintar untuk i-ternal. Dengan aplikasi ini pelawat boleh mendengar audio dari nisan menerusi peranti mereka supaya kawasan perkuburan tidak boleh “dihantui” muzik kuat dari nisan interaktif ini.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top