Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Apakah teknologi skrin terhangat tahun 2017? Jika jawapan anda ialah OLED anda menang motor. Tahun ini semakin ramai pengeluar mula berubah kepada OLED dari LCD kerana kos penghasilan panel skrin yang terbaik untuk peranti pintar kini semakin murah. Samsung telah lama menggunakannya dan Apple juga akan mula menggunakannya tahun ini. Oleh itu jumlah bekalan stok panel OLED mungkin mengalami kekurangan tahun ini.

Menurut laporan ETNews Korea Selatan, Google bakal melabur sekurang-kurangnya 1 Trillion Won (~RM 3.89 Billion) ke dalam LG bagi menghasilkan panel OLED untuk Pixel 2 tahun ini. Tahun lalu mereka dilaporkan mengalami masalah mendapatkan komponen skrin SAMOLED  untuk Pixel 1. Dengan pelaburan ini Google akan menerima keutamaan untuk bekalan skrin yang dihasilkan sekaligus tidak perlu bersaing dengan Samsung dan Apple. LG ialah pengeluar OLED kedua terbesar selepas Samsung.

Langkah strategik Google ini tidak mengejutkan. Disember lalu Huawei, Oppo, Vivo, OnePlus dan Royale bersetuju mewujudkan konsortium bagi menghasilkan panel AMOLED mereka sendiri bagi menghadapi kekurangan bekalan panel tahun ini.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top