Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Canon, salah satu jenama yang tidak asing dalam arena fotografi, baru-baru ini telah memperkenalkan sebanyak tiga kamera baru untuk pasaran tempatan, iaitu Canon EOS M6, Canon EOS 800D dan juga Canon EOS 77D.

Canon EOS M6 merupakan kamera yang dikategorikan dibawah kamera mirrorless, dan hadir dengan rekaan kompak serta prestasi seumpama DSLR. Kamera ini menggunakan sensor 24.4-megapixel CMOS, selain pemprosesan DIGIC 7 untuk rakamna gambar yang jelas. Canon mengatakan pengguna boleh merakamkan gambar bergerak dengan pantas menggunakannya, selain rakaman pada waktu malam dengan kadar noise yang rendah. Melengkapkan kamera ini juga adalah panel LCD yang boleh diputar 180-darjah ke atas, atau 45-darjah ke bawah. Canon EOS M6 juga membolehkan rakaman video HD penuh pada kadar 60p.

Canon EOS Malaysia

Canon EOS 800D pula disasarkan untuk mereka yang pertama kali menggunakan kamera DSLR, dimana kamera sebear 485 gram ini menawarkan sensor 24.2-megapixel APS-C CMOS, serta sebuah panel sentuh untuk memudahkan kawalan rakaman. Seperti kebanyakkan kamera baru, ia turut hadir dengan sokongan WiFi, NFC dan juga Bluetooth untuk sambungan dan memudahkan anda memindahkan gambar dengan pantas.

Dan akhir sekali, Canon EOS 77D pula ditujukan para peminat kamera, hadir dengan lensa seumpama Canon EOS 800D, iaitu sensor 24.2-megapixel APS-C CMOS, selain integrasi pelbagai sokongan sambungan seperti WIFi, NFC, dan juga Bluetooth.

Di Malaysia, Canon EOS M6 ditawarkan pada harga RM3409 untuk badan sahaja, dan harga bermula RM3949 untuk penawaran bersama lensa EF-M15-45mm IS STM. Canon EOS 800D pula dijual pada harga RM3299 untuk badan sahaja, dan harga bermula RM3899 untuk bersama lensa EF S18-55 IS STM. Dan akhir sekali, Canon EOS 77D pula dijual pada harga RM3799 untuk badan sahaja, dan harga bermula RM4399 untuk penawaran bersama lensa EF-S18-55 IS STM.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top