Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Bateri  Li-Ion digunakan majoriti peranti mudah alih, elektronik dan power bank di pasaran sekarang, Pergantungan manusia kepada kuasa bateri membuatkan teknologi bateri Li-Ion dimajukan bagi memenuhi keperluan semasa. Dengan pertambahan peranti boleh pakai dan telefon pintar boleh lipat, bateri yang turut boleh melentur adalah amat diperlukan.

Amo Greentech sebuah firma di Korea Selatan mengumumkan mereka akan memulakan penghasilan beteri Li-Ion fleksibel pertama di dunia pada Oktober hadapan. Bateri keluaran mereka masih boleh berfungsi dengan selamat selepas dilipat 180 darjah, dipusing sehingga 20 darjah dan dipotong menggunakan gunting seramik. Jika perkara yang sama dilakukan pada bateri menggunakan teknologi semasa, ia sudah gagal berfungsi dan di dalam kes ekstrem meletup.

Menurut Amo Greentech bateri mereka telahpun menerima sijil keselamatan dari UL, IEC (International Electrotechnical Commission), dan KSC (Korea Standards Commission). Bateri berkapasiti 42mAh, 135mAh, 650mAh, 1,000mAh, dan 2,000mAh dihasilkan untuk kegunaan pelbagai peranti. Selain mampu lentur, bateri Amo Greentech juga mampu bertahan sehingga suhu 300 darjah Celsius berbanding 150 darjah Celsius pada bateri Li-Ion biasa. Tetapi pada waktu yang sama untuk saiz yang sama, kapasiti bateri keluaran mereka adalah 30% lebih kecil.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top