Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Selepas merevolusikan telefon, Apple kini turut sedang menguji teknologi kenderaan autonomi, dan turut sedang melihat kepada arena AR (augmented reality). Terkini, selain daripadanya, Apple juga dilihat sedang melihat kepada langit, dan telah mengambil dua pekerja Google yang terlibat dalam pasukan berkaitan satelit.

Melalui pengambilan mereka, Apple sedang melihat kepada arena satelit yang kini popular untuk dua tujuan, iaitu sama ada untuk rakaman gambar yang boleh digunakan dalam pemetaan, ataupun untuk komunikasi seperti pemancaran internet ke kawasan pedalaman dan sebagainya.

Disamping itu, Apple juga dikatakan telah berbincang dengan pihak Boeing untuk melabur pada salah satu projek – iaitu menawarkan akses jalur-lebar melalui lebih 1000 satelit yang mengorbit bumi pada ketinggian rendah.

Langkah Apple ini juga dilihat selari dengan Google dan Facebook yang turut ingin menghubungkan berbilion pengguna yang masih tiada akses internet lagi. Malah, mengikut laporan sebelum ini, ia pernah dikatakan pendapatan daripada internet satelit akan mencapai $30 bilion menjelang 2025.

Sekiranya bukan untuk pemancaran internet melalui satelit, Apple mungkin mengambil kepakaran satelit untuk membolehkan rakaman gambar untuk peta mereka dengan lebih pantas – sekaligus membolehkan peta Apple menawarkan data yang lebih terkini berbanding kebiasaan.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top