Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Sekiranya anda mempunyai peranti Android dan iOS, anda pasti menyedari rekaan aplikasi yang sama mempunyai antaramuka yang berbeza. Ini boleh mengakibatkan kekeliruan apabila bertukar-tukar peranti. Google nampaknya sedang menguji antaramuka baru untuk aplikasi YouTube pada platform Android dan ia kini kelihatan seperti aplikasi iOS.

Butang navigasi pada bahagian atas aplikasi kini terletak pada bahagian bawah. Terdapat pilihan untuk Home, Trending, Subscription dan Library. Perkataan Home pada bucu atas sebelah kiri kini berubah kepada YouTube. Pada waktu yang sama thumbbail untuk video akan muncul apabila jari menatal garis pemain video. Sebelum ini fungsi ini hanya wujud pada versi Web dan iOS.

Antaramuka ini diberikan kepada pengguna Android secara rawak dan kami hanya menemuinya pada satu daripada berpuluh peranti di Makmal Amanz. Adakah anda turut menerimanya? Apakah komen anda tentang rekaan yang kini menyerupai iOS ini?

 

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top