Tidak seperti Apple, Samsung mengeluarkan pelbagai model baru setiap tahun. Walaupun jualan sedikit menurut tahun lalu, Samsung masih lagi mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar peranti nombor satu dunia dengan jualan mencecah 309 Juta unit. Tetapi pada suku pertama 2017, terdapat satu trend yang pastinya merisaukan Samsung. Jumlah jualan peranti utama mereka mencapai tahap terendah dalam sejarah syarikat.
Menurut laporan The Investor, jualan peranti utama hanya menyumbang kepada 29% jualan. Ini adalah pertama kali jualan Galaxy S dan Galaxy Note mencatatkan jualan di bawah 30%. Masalah yang melanda Note 7 dan Galaxy S7 yang sudah agak berusia dipercayai menyebabkan penyusutan ini. Angka tertinggi jualan peranti utama dicatatkan pada tahun 2013 dengan 75% peranti terjual adalah Galaxy S4.
Samsung mungkin tidak perlu terlalu risau kerana Galaxy S8 dipercayai akan meningkatkan semula jualan peranti utama. Ramai pengguna menanti model baru dan memilih untuk tidak membeli Galaxy S7 dan Note 5 pada suku ini. Adakah anda tergolong di dalam kategori ini?
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar