Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Semakin hari semakin tabah menghadapi kehidupan sebagai ibu tunggal, semalam (28 Mac) yang juga merupakan ulangtahun hari lahir ke 33 Fasha Sandha diadakan dengan cukup meriah dan gemilang sekali bertemakan fairytale.

BACA: Fasha Sandha Fail Perintah Mahkamah Elak Diganggu Bekas Suami

Apa yang lebih menarik sebenarnya adalah busana Fasha yang cukup ringkas namun sudah cukup menaikkan serinya dan cukup sesuai dengan imejnya yang kini berambut pendek. Kemeriahan tersebut turut dikongsikan bersama dengan kedua cahaya matanya.

Selain saudara mara dan rakan terdekat, majlis penuh gemilang yang diadakan di hotel terkemuka ibu kota tersebut turut dihadiri rakan selebriti serta barisan jutawan kosmetik yang terkenal tanah air.

Apa pun, semoga Fasha terus tabah dalam menghadapi dugaan malah pelakon wanita ini juga pernah mengakui bahawa dia turut mendapat kekuatan dari peminat yang tidak habis habis memberikan sokongan di laman sosial miliknya. Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung. Enjoice! (rtky/s)

Gambar Ihsan: Kaki 5 Photo

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top