Celcom sebelum ini telah pun menawarkan aplikasi pascabayar mereka untuk pengguna peranti Android, dan kini akhirnya telah mula menawarkan aplikasi yang lebih kurang sama untuk pengguna iPhone.
Dinamakan sebagai MyCelcom Postpaid, aplikasi ini membolehkan anda menyemak baki akaun, menguruskan penggunaan, melihat panggilan dan penggunaan data internet, serta membuat pembayaran dan membeli penambahan perkhidmatan melaluinya. Pengguna juga turut boleh mengikuti pelbagai kemaskini promosi daripada Celcom melalui aplikasi ini.
Bagi anda yang menggunakan talian Celcom dan menggunakan telefon iPhone, mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini dan menggunakannya dalam menguruskan akaun telekomunikasi anda.
Muat-Turun MyCelcom Postpaid Untuk iPhone
Tips daripada Wan.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar