Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Baru-baru ini seorang lelaki di Taiwan telah bergaduh besar dengan
isterinya.

Keesokan harinya dia telah menghantar SMS kepada anak perempuannya
dengan menyatakan yang dia ‘sangat kepenatan’.

Sehari selepas dia menghantar SMS itu, isterinya menemui suaminya itu di
dalam kenderaan mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah
kawasan letak kereta.

Rupa-rupanya si suami telah pun meninggal dunia.


Yang ‘menariknya’, tiada siapa pun sedar ada mayat dalam kereta
berkenaan, termasuk atendan yang menjaga kawasan parkir tersebut.*

*Malah atendan tersebut sempat meletakkan tiket parkir di cermin kereta
itu selama tiga hari berturut-turut!*

” Mana saya tahu…cermin kereta itu gelap,” katanya dalam nada gementar
sebaik saja mengetahui kejadian berkenaan.

Siasatan awal polis mendapati mangsa, Liao Siming, 37, adalah seorang
pengarah tapak pembinaan.

Sejak akhir-akhir ini dia sering bertengkar dengan isteri yang
dikahwininya 12 tahun lalu. Semuanya disebabkan wang.

Sementara itu pihak pengendali parkir tersebut berjanji akan memberikan
lebih tumpuan terhadap kereta yang diletakkan di kawasan mereka…terutama
yang diparkir dalam tempoh yang lama.


sumber

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top