Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
SAYA remaja perempuan berumur 24 tahun ingin mengetahui cara mandi wajib
yang sebenar kerana masih berasa was-was dengan apa yang saya lakukan
selama ini.

Apa yang saya lakukan turut berbeza dengan kawan yang lain. Sebab itu,
saya mahu tahu cara terbaik yang perlu dilakukan setiap wanita untuk
mandi wajib yang betul dalam Islam.

*SOFEA,
Johor*

MANDI wajib mempunyai peraturannya dan perlu diikut. Pertama, niat
dengan lafaz ‘sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala’ atau
‘sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala’.

Bagi wanita adalah lebih lagi untuk menentukan mandi wajib itu kerana
haid dan nifas ketika niat. Niat hendaklah dilakukan ketika air mula
sampai ke badan.

Kedua, menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau
tidak jelas (hukmi). Ketiga, menyampaikan air ke seluruh anggota badan
dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Apabila anda menunaikan ketiga-tiga perkara itu, mandi wajib anda
menjadi sah.

Antara perkara sunat yang boleh dilakukan ketika mandi wajib termasuk
(1) mengadap kiblat
(2) membaca basmalah
(3) membasuh dua tapak tangan
(4) mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
(5) menggosok seluruh
anggota badan dengan tangan
(6) berturut-turut (muwalat) tanpa
putus-putus
(7) tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu
didahulukan dan
(8) membasuh sebanyak tiga kali (Haji Mohamed bin Jusoh,
1990).

Perkara sunat ini dilakukan untuk mendapat kesempurnaan dan ganjaran pahala. Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top