Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. PENYELEWENGAN RAS ARYAN NAZI





 Nazi sekali lagi telah menggunakan konsep Darwinisme untuk membuktikan ketinggian bangsa Aryan. Darwin menganggap bahawa apabila manusia mula berkembang tengkorak kepala mereka juga turut membesar. Nazi amat mempercayai idea ini dan telah menjalankan pengukuran tengkorak untuk membuktikan bahawa bangsa Jerman adalah maju. Di setiap sudut perbandingan Jerman Nazi telah menunjukkan bahawa tengkorak Jerman adalah lebih besar daripada tengkorak bangsa-bangsa lain. Gigi, mata, rambut, dan sifat-sifat lain telah diukur berdasarkan ukuran evolusi. Individu-individu yang didapati tidak memenuhi ukuran bangsa Jerman akan dihapuskan di atas nama prinsip-prinsip eugenik.





Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia;) sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.(Surah Al-Baqarah:205)






Seperti Hitler, Heinrich Himmler, Ketua Gestapo, dan pegawai-pegawai Nazi yang lain berpegang kepada pandangan-pandangan Darwin, dan melaksanakan idea-idea yang rasialis dan kejam ini.





Semua kegilaan ini telah dilakukan demi untuk melaksanakan prinsip-prinsip secara Darwin ke atas masyarakat. Seorang ahli sejarah Amerika, Michael Grodin, pengarang buku The Nazi Doctor and the Nuremberg Code, telah mendedahkan realiti ini seperti berikut:



Saya rasa apa yang berlaku ialah terdapat satu padanan yang sempurna di antara ideology Nazi dan Darwinisme dan pembersihan etnik apabila ia mula berkembang pada abad ke-20.53



George Stein menjelaskan subjek ini:



Sosialisme nasional, ialah satu usaha untuk mengorganisasikan sebuah komuniti politik berasaskan biopolisi yang jelas: sebuah biopolisi yang sepenuhnya selaras dengan fakta-fakta saintifik revolusi secara Darwin.54



Seorang pakar sains penyokong Darwin Sir Arthur Keith memberikan ulasan tentang Darwin seperti berikut:



Pemerintah Jerman adalah seorang penyokong evolusi; dia cuba menjadikan pembentukan Jerman mengikut teori evolusi.55



Pengarang buku Darwin: Before and After, Robert Clarke, merumuskan, Adolf Hitler: "… telah terpengaruh dengan ajaran Darwin - mungkin semenjak dia masih kecil lagi. Hitler memutuskan… bahawa bangsa yang lebih tinggi akan menakluki yang rendah".56 falsafah politik Nazi Jerman telah dibentuk di bawah pengaruhi idea-idea Hitler ini.




Pengarang buku Race and Reich, Joseph Tenenbaum mencatatkan bahawa falsafah politik Jerman telah dibina di atas kepercayaan bahawa keperluan untuk pembangunan evolusi ialah:



… perjuangan, pilihan, dan "yang kuatlah, yang terus hidup" semua pemikiran dan pemerhatian yang dicapai… oleh Darwin… tetapi ia telah bertunas di dalam falsafah sosial Jerman pada abad ke-19. … Dengan itu, ia membangunkan doktrin hak warisan Jerman untuk memerintah dunia berdasarkan kepada kekuatan superior… (daripada) hubungan "pemukul dan bongkah besi" di antara Reich (Jerman di bawah pemerintahan Nazi) dan bangsa-bangsa yang lemah.57



Bukan Adolf Hitler seorang sahaja di kalangan ketua-ketua Nazi di dalam "peperangan ideology evolusi". Heinrich Himmler, ketua Gestapo, menyatakan bahawa undang-undang semulajadi perlu menjalankan peranannya di dalam 'yang kuatlah, yang terus hidup'. Sebenarnya semua ketua-ketua Nazi mempercayai evolusi dan rasisme Jerman, seperti juga para pakar sains Jerman dan industrialis sepanjang zaman kegelapan tersebut.58




BERSAMBUNG.......



Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top