Ini khas buat Briged MP Segambut, Tulang Besi dan yang sewaktu dengannya. Sebagai memenuhi janji saya selama tiga hari kepada Briged MP Segambut, saya akan terus dan terus dan terus menulis selagi termampu...........
Puak-puak Erdogan cukup cemas apabila pimpinan tertinggi PAS berjumpa dengan Umno. Kenapa mereka begitu takut sehinggakan setiap saat mereka mencanangkan berita-berita fitnah yang kononnya ada pemimpin tertinggi masih berminat dengan UG, sedangkan perkara tersebut telah berulangkali diumumkan tutup buku.
Asal pemimpin PAS berjumpa dengan pimpinan Umno maka berteriaklah HuluBalang-HuluBalang memberi amaran kononnya ada pemimpin PAS yang cuba membuka kembali buku UG. Apakah puak-puak ini betul-betul faham apa itu UG kerana ramai yang memahami bahawa 'Kerajaang Pepaduang' membawa makna PAS akan menjadi sebahagian Barisan Nasional.
Kerana itulah jika ada pemimpin PAS ingin berjumpa dengan Umno atau sebaliknya, PAS mestilah buat laporan kepada puak-puak ini dulu. Jika mereka benarkan baru boleh berjumpa, jika mereka tak benarkan maka tak boleh berjumpa. Yang pasti, 100% mereka tidak akan membenarkan kerana takut DSAI tidak akan tercapai impiannya untuk menjadi PM.
Ada yang marah sangat kat saya dalam komen mereka diblog Briged MP Segambut kononnya saya setuju dengan UG. Oleh kerana pengkomen menggunakan Tanpanama maka saya andaikan komen tersebut adalah dari pemilik blog itu sendiri.
Pengkomen juga menyoal, apakah pencapaian PAS selama 50 tahun, baca dibawah........
musafirlalu,
Tolong jawab masa Pas bersendirian dulu berapa banyak Negeri,
MP dan Dun yang kau orang (pas) menang...dah kat 50 tahun dah umurnya kau orang
(pas)? GE 2008 dulu tu Pas menang banyak sebab apa? Sebab TGHH ke?...Kenapa Umno
takut sangat dengan Anwar tapi tak takut langsung pada TGHH and the geng? hairan
ya...kenapa ya!!!
Soalan bodoh....... nampak sangat tak ikut perkembangan politik. Ni nak habak sikit tentang sejarah Turki, parti AK pimpinan Erdogan mengambil masa hampir seratus tahun baru boleh berkuasa sejak kejatuhan Khalifah Ottomaniah ditangan bapa segala Sekular, Kamal Artantuk. Sila rujuk 'Said Nursi : Mujadid Abad 20'.
Kenapa lama sangat jika dibandingkan dengan PAS yang baru 50 tahun.......... kenapa ya !!!. Jawapannya cukup senang...... kerana nak kena tarbiah dan cuci dengan berus besi pemikiran puak-puak kamu yang celek mata je dah dihidangkan dengan sekularisme.
Memang tak dinafikan PAS tidak memenangi banyak kerusi selama 50 lebih bergelombang dengan demokrasi ala Malaysia. Tetapi jasa PAS amat besar dalam menyedarkan orang Melayu macam kamu dengan menekankan Islam sebagai cara hidup.
Jika PAS tidak mempunyai pengaruh terhadap Melayu Islam, kenapa Mahathir memperkenalkan 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' dan Pak lah dengan 'Islam Hadhari'. Tanya sama Anwar yang kamu sanjung sangat tu, kenapa Mahathir memperkenalkan 'Penerapan Nilai-Nilai Islam?. Adakah Umno sudah menerima Islam atau kerana takut pengaruh PAS yang besar terhadap Melayu/Islam.
Umno takut kat Anwar ?????. Udahlah buat cerita lawak, tak ada takutnya Umno kat Anwar yang penuh dengan skandal. Umno takut kat Anwar ke atau Anwar yang takut kat Umno dan betulkah Anwar masih relevan dalam politik di Malaysia sekarang ini.
PKR mempunyai pengaruh pun masa mula-mula parti tersebut ditubuhkan dan tengoklah apa yang belaku sekarang ini. Selepas sorang.... sorang tok wakil PKR keluar parti begitu juga dengan pemilihan PKR baru-baru ini........ sampai baling-baling kerusi. Orang ramai pun semakin meluat dengan PKR yang perangai Umno masih lagi terlekat kat hati.
Macam ini ke nak perintah negara jika belum apa-apa lagi dah tunjuk belangnya......... dah naik muak dengan temberang-temberangnya. jika Anwar/PKR punya pengaruh, kenapalah projek 15 September tidak menjadi. Usahlah bagi alasan-alasan bodoh kononnya 32 MP BN dibawa lari ke Taiwan.
Bila Mustafa Ali kata MP BN tidak akan berpaling tadah, ramai yang marah kononnya beliau membocor rahsia; Marah sangat puak-puak Erdogan terhadap Mustafa Ali yang kononnya pro UG dan puak Terengganu.
Jika dah rasa PKR kuat, kenapa takut sangat apabila ada pertemuan antara PAS dan Umno walaupun ianya sekadar menghormati jemputan dari Yang Dipertuan Agong. Kenapa Anwar tidak dijemput sekali jika benar PKR mempunyai pengaruh yang besar terhadap rakyat Malaysia........ kenapa ya !!!!
Kerana itulah kita kena fikir apakah PAS menang kerana pengaruh PKR atau PKR menang kerana pengaruh PAS. Hakikatnya jika tidak kerana jentera PAS, PKR tidak akan kemana-mana sebagaimana yang belaku semasa PRK Hulu Selangor.
Itu pun juak-juak PKR dan segelintir pemimpin PAS masih duk agong-agongkan Anwar yang kononnya boleh membawa perubahan sedangkan parti sendiri pun tidak boleh jaga. Puak-puak pro Erdogan ingat pimpinan tertinggi PAS terliur sangat untuk bersama dengan Umno yang sudah sekian lama menjadi musuh tradisi PAS.
Apakah mereka merasakan yang PAS lupa bagaimana pengkhianat Umno terhadap PAS setelah PAS membantu Umno memulihkan kuasa politik orang Melayu. Sekarang ini pun dalam Pakatan Rakyat, PKR betul-betul telah menjadi beban dengan perebutan kuasanya, dengan kroninya dengan skandalnya.
Jika para juak-juak PKR dan pro Erdogan yang mengutuk, menghentam, memaki hamun dan bermacam-macam lagi kata-kata yang tidak enak didengar terhadap TGHH, Ustaz Nasa dan pimpinan PAS yang lain bolehlah calonkan orang yang mereka rasa boleh ditunggang dalam pemilihan nanti....... singkirkan mereka semua dan letaklah calon yang boleh dibaruakan oleh PKR.
PAS boleh tunggu 50 tahun lagi untuk memerintah tetapi apakah PKR yang baru setahun jagung boleh bertahan selama 10 tahun lagi?. Apalah guna memerintah dalam keadaan pemimpin sendiri berada didalam kesesatan dengan menunggu 50 tahun lagi dalam keadaan orang Islam dan bukan Islam menerima keadilan yang Islam tawarkan.
Buat pencacai Anwar....... kami sudah letih mengambus sisa-sisa najis yang beliau tinggalkan dan jika para pencacai rasa PKR cukup kuat tanpa pertolongan PAS, sarankan kepada pimpinan tertinggi PKR agar terajang keluar PAS dari Pakatan Rakyat. Pas sudah mempunyai pengalaman ketika didalam Perikatan, APU dan sekarang Pakatan Rakyat.
"Apakah kamu merasakan yang kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji seperti orang-orang yang terdahulu dari kamu"?
Posting Komentar