Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Tindak-tanduk Saddam tidak banyak bezanya dengan Hitler dan Mussolini, dan beliau telah menyebarkan keganasan ke negara-negara jiran. Pencerobohan mengejut ke atas Kuwait selepas peperangan dengan Iraq adalah contohnya. Pencerobohan telah merosakkan Kuwait secara fizikal dan psikologikal. Kesannya berlakulah sekatan ekonomi ke atas Iraq, yang telah menambahkan lagi penderitaan rakyatnya selama bertahun-tahun.

Saddam telah menumpahkan darah ramai rakyat Iraq. Di akhir peperangan dengan Iran, 1 juta daripada 17 juta rakyat Iraq telah dibunuh atau cedera. Lebih sejuta rakyat lari dari negara itu disebabkan oleh faktor politik atau ekonomi. Pertubuhan hak asasi manusia yang berasaskan Washington, Pemerhati Timur Tengah menyatakan bahawa pengusiran paksa, penahanan dan hukuman tanpa sebarang sebab jenayah termasuklah penderaan dan pembunuhan "misteri" adalah di antara cara yang sering digunakan. Menurut Amnesti Antarabangsa, penderaan, termasuklah yang dilakukan ke atas kanak-kanak, melibatkan cara-cara seperti memanggang mangsa di atas api, mengerat hidung, peha, payudara dan alat kelamin, serta memaku badan.57

Saddam menunjukkan sifat fasisnya ke atas rakyat dari pelbagai etnik pada tahun 1988 dalam pembunuhan beramai-ramai Halabja. Gas saraf telah digunakan bagi menentang penduduk awam Kurdish, dan ramai rakyat yang tidak bersalah mati dalam keadaan azab, tanpa ada perbezaan di antara bayi, orang tua, lelaki dan wanita. Amnesti Antarabangsa melaporkan bahawa 5,000 penduduk Kurdish mati dalam peristiwa itu, dan beberapa ribu lagi dalam serangan sama yang dijalankan di tempat-tempat lain di negara itu.58 

Penderaan yang dikenakan ke atas tahanan politik oleh rejim fasis Iraq adalah jauh lebih mengerikan. Seorang doktor yang lari dari negara itu telah menceritakan seperti berikut:

Saya adalah seorang doktor pelatih di sebuah hospital di bahagian selatan. Hanya doktor yang dapat melihat mereka yang dibawa dari penjara. Kebanyakan mereka hanyalah selonggok daging dan akan mati tidak lama lagi. Tiada seorang pun tahanan politik yang dapat hidup setelah melalui penderaan itu. Saya lari setelah saya menyedari saya akan ditangkap.59

Embargo yang dikenakan ke atas Iraq selepas pencerobohan Kuwait hanya menambahkan lagi penderitaan rakyat Iraq. Saddam pula tidak terjejas akibat embargo tersebut.

Malah, keluarga Saddam sendiri dan rakan sekerjanya juga tidak terlepas dari kekejamannya. Saudara tiri lelaki Saddam, Barzan Takriti dan anak lelakinya Uday telah lari ke Emiriah Arab Bersatu kerana takut dibunuh oleh Saddam. Dua orang anak menantu lelakinya, Hussein dan Saddam Kamel, melarikan diri ke Jordan pada 1995 juga kerana takutkan Saddam. Saddam kemudian memberi jaminan bahawa mereka tidak akan diancam dan memanggil mereka supaya kembali. Namun, apabila mereka kembali ke Baghdad, mereka telah dibunuh dengan segera, termasuklah bapa mereka sekali. Jasad ibu mereka yang dibunuh telah dijumpai kemudian. 

Pemimpin Iraq ini menggertak para penentang rejim yang lari dari negara itu dengan menggunakan cara paling mengerikan. Sebagai contoh, Jeneral Najib Salihi lari ke Jordan pada 1995. Beliau mendedahkan bahawa rakaman video keluarga dan rakannya yang dirogol telah dihantar kepadanya, dan ini telah berlaku kepada ramai tokoh-tokoh penentang yang lain. 

Seperti yang telah kita lihat dengan jelas melalui contoh-contoh tersebut, kekuasaan Saddam ke atas rakyat Iraq adalah berasaskan kepada gertakan, keganasan, penindasan dan penderaan. Rakyatnya sangat miskin dan menganggur disebabkan oleh polisi luar Iraq yang bersifat agresif dan bermusuhan. Polisi tersebut dicipta hanya untuk memenuhi ego Saddam semata-mata. Bayi-bayi mati disebabkan oleh kelaparan dan kekurangan ubat-ubatan. Walaupun Iraq kaya dengan sumber alamnya, namun ia sedang menuju ke arah kematian dan kepupusan. 

Namun, di sini harus ditekankan bahawa keganasan bukanlah cara terbaik untuk menghalang mereka yang tidak bersalah dari terus berada di bawah kebuasan Saddam. Dalam peristiwa yang meng gunakan polisi tersebut, rakyat Iraq yang tidak bersalah menderita lebih teruk berbanding Saddam. Tanpa ragu lagi bahawa rakyat yang tidak bersalah (kanak-kanak, wanita, orang tua, orang sakit) akan lebih menderita dalam mana-mana peperangan dan konflik. Mereka yang mempertahankan kenyataan bahawa kezaliman adalah penting bagi membebaskan rakyat Iraq harus lebih berhati-hati supaya tidak melakukan kesilapan yang serupa seperti Saddam sendiri. Dengan kata lain, mereka mesti mengelak sebarang cara yang mampu merosakkan negara dan membahayakan nyawa ribuan yang tidak bersalah.

Rayuan Hipokrit Saddam Terhadap Agama

Satu ciri penting yang dilakukan Saddam ke atas rakyat Iraq ialah beliau bertindak dengan menggunakan topeng agama yang palsu. Saddam sering menggunakan stail keagamaan, yang ditujukan kepada rakyatnya, di dalam polisi-polisi dalaman dan luarnya, dan dalam tindakan yang direka untuk menipu seseorang. Inilah sebabnya mengapa beliau sering melakukan perkara-perkara yang dapat menunjukkan dirinya sebagai seorang yang mempertahankan dunia Islam, dan berusaha untuk mengambil peluang dalam sensitiviti keagamaan rakyat, seperti mana penambahan kalimah "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) ke dalam bendera Iraq sewaktu berlakunya Perang Teluk. 

Melihat kepada kekejaman yang dilakukan olehnya sudah jelas memberitahu kita bahawa apa yang dilakukan oleh Saddam itu bukannya untuk agama Islam ataupun nilai-nilai Al-Quran. Allah telah memberitahu situasi sedemikian tentang mereka yang bersifat demikian di dalam ayat yang berikut:

Dan mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah, bahawa mereka sesungguhnya termasuk dari golonganmu; padahal mereka bukanlah dari golonganmu... (At-Taubah, 9:56)

Jelaslah bahawa Saddam bukanlah seorang pemimpin Islam sejati. Jelas bahawa segala tindakannya ditegah dalam Islam, dan sangat-sangat dikutuk. Sebagai contoh, rasisme memainkan peranan penting dalam tindak-tanduk Saddam di Iraq. Ramai rakyat yang tidak bersalah dibunuh dengan kejam, hanya disebabkan oleh asal-usul etnik mereka. Dalam pembunuhan beramai-ramai Halabja, Saddam mencatat sejarah apabila membunuh kira-kira 5,000 orang. Seperti para pemimpin fasis yang lain, Saddam mendakwa keturunan etniknya adalah jauh lebih hebat. Al-Quran walau bagaimanapun sudah menjelaskan bahawa kehebatan tidak terletak pada bangsa, warna kulit atau pun ciri-ciri yang lain. Ia sebenarnya terletak pada ketaatan dan keimanan seseorang kepada Allah. Rasisme di sebaliknya, telah diterangkan di dalam ayat yang berikut:

Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan Jahiliah, lalu Allah menurunkan ketenangan kepada rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa, dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Al-Fath, 48:26)

Allah telah menjadikan manusia dalam pelbagai jenis bangsa dan warna kulit. Manusia adalah makhluk yang lemah, sangat bergantung kepada Allah. Jadi tiada seorang pun yang boleh mendakwa mereka lebih hebat berbanding orang lain atau bangsa lain. Di saat-saat kematian, di waktu Hari Pengadilan ataupun di Hari Akhirat kelak, perkara-perkara seperti bangsa tidak berguna sama sekali. Pada waktu itu, tiada seorang pun yang boleh meminta bantuan orang lain tentang bangsa atau asal-usulnya. Mereka yang sekarang bertindak dengan buas disebabkan oleh faktor bangsa, membunuh dan membakar manusia hidup-hidup, akan menyedari pada hari itu bahawa diri mereka sebenarnya sangat lemah dan tidak berdaya, tanpa mengira apakah bangsa mereka. Satu ayat telah menerangkan tentangnya ketika Hari Pengadilan kelak:

Apabila sangkakala ditiup, maka tiada lagi pertalian saudara di antara mereka pada hari itu, dan tidak pula mereka saling bertanya. (Al-Mukminun, 23:101)

Di samping rasisme, Saddam turut mempercayai fasisme. Beliau mengenakan penindasan fasis terhadap rakyatnya sendiri, dan seperti juga Hitler dan Mussolini, Saddam mendakwa peperangan adalah satu sifat yang suci. Padahal ia sangat berjauhan dengan kehendak al-Quran. Memulakan peperangan tanpa sebab adalah sangat dikeji oleh al-Quran dan ia adalah berdosa besar. Apa yang telah Allah firmankan kepada kaum Bani Israel yang enggan mempercayai kewujudan-Nya dapat ditujukan kepada semua mereka yang jahat dan keji:"...setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah mema dam kannya dan mereka melakukan kerosakan di muka bumi. Dan Allah tidak menyukai mereka yang melakukan kerosakan." (Al-Maaidah, 5:64

Secara ringkas sejak tahun 1970-an, umat Islam Iraq sudah berada di bawah kepimpinan kejam seorang diktator yang sudah jauh dari nilai ajaran moral yang terdapat di dalam al-Quran. Saddam adalah seorang yang bersifat perkauman dan taksub kepada ke tu ru nan. Beliau tidak teragak-agak untuk membunuh ratusan ribu nyawa yang tidak bersalah semata-mata untuk memenuhi nafsunya, dan beliau seronok melihat kekejaman dan penderaan. Di samping itu, ke ba nyakan dari mereka tidak menyedari apa yang sedang berlaku, di se babkan oleh propaganda berterusan yang dilancarkan. Tindakan me nye lamatkan umat Islam dari tangan Saddam, atau dari mana-mana dik tator yang mungkin memerintah Baghdad selepasnya, bergantung kepada kekuatan ideologi dan material dunia Islam, iaitu meng amal kan ajaran al-Quran dengan sepenuhnya, dan dengan memusnahkan ideologi fasis yang cuba beroperasi di bawah topeng Islam.

Di samping rasisme, Saddam turut mempercayai fasisme. Beliau mengenakan penindasan fasis terhadap rakyatnya sendiri, dan seperti juga Hitler dan Mussolini, Saddam mendakwa peperangan adalah satu sifat yang suci. Padahal ia sangat berjauhan dengan kehendak al-Quran. Memulakan peperangan tanpa sebab adalah sangat dikeji oleh al-Quran dan ia adalah berdosa besar. Apa yang telah Allah firmankan kepada kaum Bani Israel yang enggan mempercayai kewujudan-Nya dapat ditujukan kepada semua mereka yang jahat dan keji:"...setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah mema dam kannya dan mereka melakukan kerosakan di muka bumi. Dan Allah tidak menyukai mereka yang melakukan kerosakan." (Al-Maaidah, 5:64) 

Secara ringkas sejak tahun 1970-an, umat Islam Iraq sudah berada di bawah kepimpinan kejam seorang diktator yang sudah jauh dari nilai ajaran moral yang terdapat di dalam al-Quran. Saddam adalah seorang yang bersifat perkauman dan taksub kepada ke tu ru nan. Beliau tidak teragak-agak untuk membunuh ratusan ribu nyawa yang tidak bersalah semata-mata untuk memenuhi nafsunya, dan beliau seronok melihat kekejaman dan penderaan. Di samping itu, ke ba nyakan dari mereka tidak menyedari apa yang sedang berlaku, di se babkan oleh propaganda berterusan yang dilancarkan. Tindakan me nye lamatkan umat Islam dari tangan Saddam, atau dari mana-mana dik tator yang mungkin memerintah Baghdad selepasnya, bergantung kepada kekuatan ideologi dan material dunia Islam, iaitu meng amal kan ajaran al-Quran dengan sepenuhnya, dan dengan memusnahkan ideologi fasis yang cuba beroperasi di bawah topeng Islam.

Bersambung..........

Harun Yahya

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

Top