Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

















PARA PELARIAN AFGHANISTAN



1979: Seramai 600,000: 400,000 lari ke Pakistan dan 200,000 ke Iran
1980: 1.9 juta ke pelbagai negara
1983: 9 juta: 5.6 juta ke Pakistan, 3.4 juta ke Iran
1990: 6.2 juta: 3.3 juta ke Pakistan, 2.9 juta ke Iran












Akhirnya pada 27 Disember 1979, pasukan Red Army men jadikan tentangan dari pasukan mujahidin Islam terhadap rejim komunis di Afghanistan sebagai alasan yang membolehkan mereka menakluki negara tersebut. Kebuasan yang dilakukan ke atas penduduk Afghanistan bertambah setiap hari. 



Pasukan Red Army terus berada di negara tersebut selama 10 hari genap. Ia cuba untuk tidak mempedulikan tentangan ber justifikasi oleh puak mujahidin dengan melakukan kekejaman dan kebuasan yang sangat kejam dan dahsyat. Seorang pejuang Afghanistan menggambarkan cara yang dilakukan oleh pihak Red Army:
Pihak Soviet telah menyerang setiap rumah, merampas dan merogol wanita. Barbarisme adalah lebih teruk berbanding yang disangka, dan kelihatan seperti telah dirancang. Mereka tahu bahawa dengan berbuat demikian, mereka memusnahkan asas-asas ke masyarakatan kita.54



Pasukan Tentera Soviet telah menggunakan cara paling keji dalam usaha menghapuskan umat Islam Afghanistan: periuk api direka seperti bentuk mainan supaya kanak-kanak Afghanistan meng ambilnya dengan tidak sengaja, kumpulan gerila yang ditahan didera dengan sekejam-kejamnya, dan penduduk awam dibom dengan sengaja. Mereka lebih gemar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap keseluruhan kampung, berbanding membunuh mereka satu demi satu. 



Di dalam satu temu bual, Felix Ermacora, seorang pelapor khas di Afghanistan untuk Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB, menegaskan bahawa PBB sedang mengawal kebuasan Rusia di Afghanistan. Dengan merujuk kepada peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Laghman yang dilakukan oleh Rusia, Ermacora memberitahu bahawa kesemua kampung di bandar tersebut yang terletak di bahagian Timur Laut Kabul, telah hilang dari peta. Di daerah Karga sahaja, 1,500 penduduk telah dibunuh, terutamanya kanak-kanak dan wanita. Kesemua haiwan dibunuh, termasuklah anjing. Kesemua rumah kediaman telah dirompak, dan teh serta gula di bahagian dapur telah diambil. Tentera Red Army telah melanggar rumah-rumah dengan menggunakan kereta kebal, yang mana mereka mengetahui terdapat kanak-kanak dan wanita yang sedang berlindung di dalamnya. Beberapa bahagian badan dapat dilihat di celah-celah tayar kereta kebal.55










“Selama dua tahun yang lepas, kemarau telah menyebabkan haiwan kelaparan dan sungai-sungai kering-kontang. Rakyat terpaksa menggunakan simpanan makanan mereka yang terakhir. Berdasarkan kepada pertubuhan-pertubuhan bantuan kemanusiaan, lebih dari 700,000 orang – kira-kira 4% rakyat Afghanistan – telah berpindah ke bandar-bandar besar dan melintasi sempadan Iran dan Pakistan. Lebih sejuta orang bergelut dengan kelaparan. Afghanistan dilanda peperangan sejak 24 tahun yang lepas. Walaupun kelaparan tidak menjadi-jadi, namun 1 dari 4 kanak-kanak bawah lima tahun mati dan jangkaan hayat cuma 44 tahun. Apabila suhu mula naik, berlaku masalah kesihatan dan air. Kita akan berhadapan dengan kolera, batuk kering dan penyakit-penyakit lain.” (Barry Bearak, Courrier International, 22.03.2001, No. 542) 





Di akhir penjajahan Soviet selama sedekad itu, berpuluh-puluh ribu orang telah dibunuh, dan ramai juga yang mendapat kecacatan. Afghanistan menjadi negara pengimport utama anggota badan palsu berbanding negara-negara lain di dunia ini. Periuk api askar Red Army telah merampas berpuluh-puluh ribu anggota badan seperti tangan dan kaki rakyat Afghanistan.



Selepas Soviet berundur, Afghanistan menjadi kacau-bilau dan perang saudara bermula.



Taliban yang mula memegang tampuk kuasa pada tahun 1998 sebenarnya telah meningkatkan lagi ketegangan sosial dan kemiskinan di negara tersebut dengan mewujudkan sebuah rejim yang sangat tegas dan ketat. Kami berharap agar rejim baru yang dibentuk selepas tumbangnya Taliban dapat menghentikan kezaliman dan kemiskinan yang semakin menjadi-jadi berikutan provokasi Moscow pada tahun 1970-an, diikuti pula dengan penjajahan Soviet.


Bersambung..........





Harun Yahya
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top